Youtube Rewind 2020 Dibatalkan Buat Julung Kalinya

“For the first time ever, Youtube Rewind is cancelled. I guess 2020 is that bad”

Itu kata-kata salah seorang pengguna Youtube tegar apabila sebuah pengumuman dibuat oleh Youtube awal hari ini. Kepada yang masih tak tahu, Youtube mengeluarkan statement bahawa Youtube akan stop for a while untuk Rewind 2020.

Pada yang tak tahu, Youtube Rewind adalah satu annual event bagi Youtube, sejak 2010. Rewind biasanya pengeluaran high-budget dikeluarkan setiap bulan December yang menampilkan creators, dan trend-trend pada tahun tertentu.

Statement ini mendapat perhatian pengguna media sosial, dan mendapat pelbagai jenis reaksi di ruangan Twitter Youtube. Ada yang mengatakan bahawa keputusan itu datang selepas video-video tahun sebelumnya dikritik dengan teruk, dan ada juga yang komen bahawa Youtube terlepas satu peluang yang baik iaitu dengan membatalkan Youtube Rewind tahun ni.

Ini antara komen-komen yang diberikan dari pengguna media sosial:

Feedback dari pengguna media sosial tidaklah seteruk 2018 haritu. Haa, siapa ingat?

Youtube Rewind 2018

Siapa yang dapat berpeluang untuk jadi orang-orang yang mengkritik Rewind 2018? Hahaha, admin adalah salah satunya. Pada 13 December 2018, Youtube Rewind 2018: Everyone Controls Rewind dinobatkan sebagai video yang mempunyai banyak dislikes sedunia, dengan 15 juta dislikes yang melepasi Music Video Justin Bieber, “Baby”.

Disebabkan itu, ia memasuki Guinness World Records sebagai video yang paling tidak sukai di Youtube dan di internet. Punyalah ramai yang tak suka. Sebab itulah di statement Youtube tentang Rewind 2020 ni, ada ayat “-or only remember 2018-”.

Yang paling admin ingat time tu, ialah ramai yang marah sebab PewDiePie tidak termasuk dalam Rewind, sedangkan dia merupakan the most-subscribed individual at that time, even now. Orang ramai marah, sebab PewDiePie boleh dikatakan represents Youtube pada tahun itu. Tetapi, Youtube tidak langsung mengajak PewDiePie untuk join Rewind 2018.

Disebabkan peristiwa buruk bagi Youtube, tahun lepas mereka mengambil approach yang baru berbentuk mashup, dimana ia digabungkan sebagai montaj video yang mempunyai banyak likes sepanjang tahun 2019.

Namun, feedback untuk rewind 2019 pun kurang dapat sambutan tetapi tidaklah seteruk 2018. Mungkin ini antara faktor kenapa rewind 2020 is cancelled? No one knows…

Untuk yang melihat Rewind 2018: Everyone Controls Rewind.. Boleh tekan disini https://youtu.be/YbJOTdZBX1g

Kalau nak baca article-article yang menarik lagi, bolehlah tekan link ini. https://www.laichikang.com/

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts