Wartawan di Wuhan dipenjara 4 tahun kerana membuat laporan COVID-19

Foto: The Guardian

Tidak semua negara mempunyai kebebasan media. Sesetengah negara amat menitikberatkan dengan segala yang dilaporkan oleh media demi menjaga kesejahteraan, maruah, agenda politik dan keselamatan negara.

Mengikut statistik, China menduduki tangga 177 daripada 180 negara yang mempunyai kebebasan media.

Baru-baru ini, seorang wartawan warga China dihukum penjara selama empat tahun selepas didapati bersalah dalam membuat liputan membongkarkan mengenai penularan wabak COVID-19 di Wuhan, Februari lalu.

Zhang Zhan, 37, didapati bersalah kerana ‘mencetuskan perbalahan dan memprovokasi masalah’ menerusi laporannya pada peringkat awal penularan wabak pandemik berkenaan.

Zhang-Zhan
Zhang Zhan. foto SCMP

Laporan tertuduh tersebar luas di serata media sosial sehingga menarik perhatian pihak berkuasa.

Menurut Berita Harian, pihak berkuasa China sudah menghukum lapan individu yang mendedahkan maklumat berhubung COVID-19, dalam usaha mematahkan kritikan terhadap tindak balas kerajaan terhadap pandemik itu.

Zhang adalah individu pertama menghadapi perbicaraan, dalam kalangan empat wartawan warganegara yang ditahan pihak berkuasa pada awal tahun ini selepas membuat pelaporan berkaitan dari Wuhan.

Sebelum ini, media antarabangsa AFP cuba untuk menghubungi tiga lagi wartawan terbabit, iaitu Chen Qiushi, Fang Bin dan Li Zehua, namun tidak berjaya.

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts