Wanita Dedah Berjaya Masuk Ke Dalam Premis Perniagaan Walu Belum Terima 2 Dos Vaksin

Sejak minggu lalu, bekas Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor industri untuk mula kembali beroperasi.

Sehubungan dengan itu, beliau juga turut mengeluarkan kebenaran untuk rakyat di kawasan PPN Fasa 1 untuk melakukan aktiviti dine-in.

Namun, kebenaran itu hanya kepada mereka yang sudah lengkap di vaksin sebanyak 2 dos vaksin.

Perkara ini secara tak langsung mendapat tentangan yang agak hebat daripada golongan yang menolak vaksin kerana bagi mereka ia tidak adil.

Baru-baru ni, tular di laman Facebook mengenai kenyataan seorang wanita yang mendedahkan dirinya satu keluarga belum lagi menerima vaksin tetapi berjaya masuk ke dalam pelbagai premis perniagaan.

Menurutnya juga, sepanjang dia melakukan perkara itu, tidak ada lagi staff atau pekerja premis berkenaan yang menghalangnya dari masuk ke dalam premis tersebut.

Tambahnya, wanita ini mengatakan bahawa semua yang di lakukan ini adalah sosial eksperimen terhadap gelagat masyarakat setempat mengenai individu yang sudah di vaksin dan mereka yang masih lagi belum di vaksin.

Wanita ini turut ada menjelaskan bahawa, suaminya turut melakukan sosial eksperimen ini di 2 buah kedai gunting rambut atau barbershop, namun ia gagal di mana barber tersebut tidak membenarkan untuk suami wanita tersebut masuk.

Namun, mereka berjaya jumpa kedai barber yang membenarkan mereka masuk walaupun belum menerima dua dos vaksin.

Perkara ini menjadikan ketidakpuashatian dari kalangan netizen kerana menganggap perbuatan keluarga ini membahawakan nyawa individu lain.

Selain itu, mereka juga telah melanggar arahan di mana hanya kebenaran terhadap mereka yang sudah lengkap tempoh divaksin sebanyak 2 kali.

Hmm, admin yang dah terima dua dos vaksin ni pun fikir banyak kali nak pergi dine in.

Jom teruskan membaca di Laichikang!

Total
25
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts