Wanita Bawah Pengaruh Rempuh Kereta, Curi Honda City

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda City melanggar lampu isyarat sekaligus merempuh beberapa buah kereta di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kereta Honda tersebut dipercayai dilarikan daripada sepasang suami isteri ketika mereka pergi ke tandas di sebuah stesen minyak. 

Suspek merupakan seorang wanita kemudian melanggar sebuah kereta sebelum dikejar kereta terbabit. 

Ketika di persimpangan lampu isyarat di Setapak, suspek cuba melarikan diri sekali lagi dengan merempuh kereta di hadapannya. Namun, tindakannya tidak berjaya.

“Kakak saya dalam perjalanan hantar barang. Kereta putih Honda ni rempuh semua kereta nak larikan diri,” ulas pengguna ptyrhmzh di Twitter.

Di dalam video tersebut, kelihatan wanita berkenaan masih berdegil tidak ingin keluar daripada kereta. Walaubagaimanapun, orang awam bertindak memecahkan cermin tingkap kereta sebelum menariknya keluar. 

Pemilik kereta Honda itu tiba di tempat kejadian dengan menunggang motosikal staf di stesen minyak dan sempat membelasah wanita berkenaan.

“Dia gigit orang yang pegang dia. Kena lempang, siap kena tendang dengan pemilik kereta. Berdarah hidung,” sambungnya lagi. 

Suspek kantoi hisap gam

Bercerita lanjut, terdapat satu video yang dimuat naik pengguna lain memaparkan wanita berkenaan diarahkan turun dari bas kerana tertangkap sedang menghidu gam.

Susulan daripada kejadian itu, suspek dipercayai telah ditahan oleh pihak berkuasa. Siasatan masih dijalankan pada kala ini.

Ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk berita terkini.

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts