[VIDEO] Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Spider-Man: No Way Home’

Jika sebelum ini perasaan peminat setia Spider-Man ‘dipermainkan’ oleh Sony Pictures gara-gara trailer kualiti rendah yang tular pada tempoh hari, kini masing-masing sudah boleh tersenyum lebar memandangkan trailer rasmi ‘Spider-Man: No Way Home’ akhirnya dikongsi untuk tontonan umum.

Berdasarkan trailer ini, ‘Spider-Man: No Way Home’ adalah sambungan untuk filem sebelum ini di mana identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah pun terdedah. Peter berjumpa dengan Doctor Strange bagi meminta bantuannya agar masyarakat lupa tentang identiti sebenar Spider-Man.

Strange mengatakan bahawa perkara tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan satu ancient spell. Walau bagaimanapun, mereka tidak tahu kesan buruk akibat penggunaan ancient spell itu.

Terdahulu, Kevin Feige memaklumkan bahawa tiada trailer rasmi akan dihasilkan oleh mereka untuk filem kali ini. Nampaknya, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah strategi pemasaran semata-mata.

Konsep multi-verse sudah pun didedahkan. Persoalannya, di mana variant Spidey yang lain? Sama-sama kita nantikan pada bulan Disember nanti!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts