[Video] – Pemuda Tak Tahan Sebak Keluarga Meninggal Akibat Covid

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sebuah video pendek berdurasi hanya 16 saat yang menunjukkan seorang pemuda sedang berada di kawasan perkuburan.

Melalui ciapan Twitternya itu, pemuda tersebut tidak dapat menahan sebak akibat kehilangan keluarga tercinta akibat diserang oleh virus Covid-19.

Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abang pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal.”

Tambahnya, sudah 2 orang ahli keluarga terdekatnya meninggal akibat diserang covid stage 5. Manakala kakak iparnya sedar bertarung nyawa di wad juga akibat diserang covid stage 5.

Video yang mendapat lebih 700 ribu tontonan ini mendapat reaksi simpati dari kalangan netizen.

Ramai juga yang berkongsi pengalaman hampir sama seperti pemuda ini.

Admin harap supaya bagi mereka yang telah kehilangan keluarga tercinta akibat daripada penyakit ini, dapat terus tabah dan diberi kekuatan untuk meneruskan hari yang mendatang.

Teruskan membaca berita terkini hanya di Laichikang!

BACA: 6 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Suntikan Vaksin Covid-19

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19
Total
12
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts