[VIDEO] – Netizen Kagum Tengok Kanak-kanak ‘Foreigner’ Fasih Berbahasa Melayu

Jarang lah orang Malaysia ni tak berasa kagum kalau nampak individu yang statusnya warga asing fasih berbahasa melayu.

Rata-rata rakyat Malaysia akan berasa kagum juga kalau terjumpa atau ternampak video rakaman seseorang yang bukan warganegara Malaysia tetapi tetap fasih berbahasa melayu.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai video berdurasi 0.45 saat yang menunjukkan dua orang kanak-kanak yang dipercayai warga Nigeria dan sangat fasih berbahasa melayu.

Lancar sungguh, macam dak Pekan gayanya

Dua orang kanak-kanak yang fasih dalam berbahasa melayu itu kelihatan tidak kekok ketika sedang berbual bersama individu yang merakam dirinya.

Sumber: Twitter

Katanya, kanak-kanak lelaki itu menggelarkan dirinya sebagai Zainuddin dan manakala adik perempuannya sebagai Musinah.

Mungkin kagum melihat kepetahan mereka bercakap dalam Bahasa Melayu, indvidu yang merakam Zainuddin dan Musina terus bertanya beberapa soalan lain.

Namun di dalam video itu, hanya Zainuddin sahaja yang kelihatan banyak bercakap berbanding dengan adik perempuanya.

“Adik dah makan, dia makan aiskrim”

Ketika individu yang merakam gelagat mereka berdua ini bertanya mengenai adakah mereka sudah makan, mereka berdua pun dengan tak rasa kekok pun menjawab soalan tu.

“Saya dah makan, makan aiskrim. Dia pun sama makan aiskrim.

“Ehh, tak, tak saya tak makan aiskrim, saya minum watermelon je” jawab mereka berdua.

Video yang mendapat tontonan lebih 240 ribu itu mendapat feedback yang positif dari kalangan para netizen.

Sumber: Twitter

Wahh fasih betul kan mereka berdua cakap Bahasa Melayu. Mana tau dah besar nanti boleh jadi tutor dalam Bahsa Melayu kan? Hehe

BACA: “Takda Trademark. InsyaAllah Sama2 Kita Cari Rezeki.” – Che Nom.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts