[Video] – 2 Individu Dirakam Terjatuh Dari Pesawat Di Udara

Sejak semalam, kecoh di media sosial yang mana dikatakan pihak Taliban telah mengambil alih kerajaan Afghanistan.

Tular juga di media sosial mengenai video rakyat tempatan di sana yang kelihatan sedang huru-hara dan ingin menaiki pesawat bagi menyelamatkan diri.

Bukan itu sahaja, tular juga sebuah klip video pendek yang menunjukkan sebuah pesawat yang sarat dengan muatan pada ketika itu sedang berada di udara dan kelihatan 2 individu terjatuh dari pesawat tersebut.

Individu itu dipercayai berpaut pada gear pendaratan dari pesawat milik USAF C-17 yang baru sahaja berlepas dari Kabul.

Melalui perkongsian daripada Air Live News, semua penerbangan komersial daripada lapangan terbang Kabul tidak dibenarkan untuk berlepas dan kebenaran hanya diberikan kepada pesawat tentera sahaja, NATO.

Diharap supaya perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin dan tiada lagi korban jiwa direkodkan.

Jom baca lagi artikel menarik dan terkini hanya di Laichikang!

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts