Twitter Dah Ada Story Feature a.k.a Fleet!

fleet

Hello Twitterians! Korang tahu tak ada feature terbaru di Twitter iaitu Fleet? Kalau tak tahu, jangan risau. Pergi ke App Store / Play Store dan update aplikasi Twitter korang dan boleh lah enjoy feauture terbaru Twitter iaitu Fleet.

Fleet ni apa benda? Fleet ni sama macam Instagram Story dan Snapchat, di mana apa yang korang post tu akan hilang setelah 24 jam. So.. is Twitter the new Instagram? Maybe.

Sebenarnya, sebelum feature ni dirasmikan di seluruh negara, Twitter test benda tu kat negara yang tertentu je dulu seperti Brazil, Itali, India dan Korea Selatan.

Mesti ada yang tertanya tanya kan, apa motif dan fungsi Fleet ni sebenarnya? How is it beneficial for people?

Mengikut Joshua Harris yang merupakan Twitter’s Design Director, “Some of you tell us that tweeting is uncomfortable because it feels so public, so permanent, and like there’s so much pressure to rack up retweets and likes,”

Jadi, dengan adanya Fleet, lepas ni boleh lah korang tweet benda yang korang suka dan tak perlu risau dah, sebab akan di delete setelah 24 jam.

Mungkin kita akan rasa lebih selesa untuk kongsikan sesuatu kan lepas ni? Tak kisah lah sama ada pemikiran, pendapat atau perasaan. Sebab kemungkinan besar orang tak perasan pun apa yang kita post!

So.. apa je yang kita boleh post kat Fleet ni? Korang boleh post teks, foto dan juga video. Sama je macam Instagram Story. Cumanya, Fleet belum ada filter yang cool macam kat Instagram. Akan datang, maybe? Mana lah tahu kan.

Jom tengok pendapat Twitterian terhadap feature baru ini!

fleet
Sumber: Twitter
fleet
Sumber: Twitter
fleet
Sumber: Twitter

Korang jangan lupa update Twitter! Baru lah boleh ber-fleet.

Dan jangan lupa juga layari https://www.laichikang.com/ dan follow kami di Instagram dan Facebook.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts