Tular Video Pensyarah Hina Pelajar B40 Tiada Laptop

Pelajaran sememangnya penting demi menjamin masa depan yang berjaya. Namun begitu, bukan semua orang mampu untuk mendapatkan pendidikan dengan sempurna.

Sejak semalam, tular sebuah video berdurasi 1.40 minit yang memaparkan seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kelihatan sedang berang terhadap seorang pelajarnya yang dipercayai masih tidak memiliki laptop walaupun sudah berada di semester 5.

Video itu yang pada awalnya dimuat naik di Twitter telah dibuang oleh pemuat naik asal. Namun, ia dimuat naik semula di TikTok oleh pengguna lain dan telah meraih sebanyak 3.1m views, 347.5k likes, 38.1k komen dan 59k shares.

Menerusi video terbabit, dilihat seorang pelajar lelaki dimarahi pensyarahnya kerana masih tidak mempunyai laptop walaupun sudah memasuki semester ke lima.

Apabila ditanya tentang pekerjaan ibu dan bapa pelajar tersebut, pelajar yang berasal dari Seremban itu memberitahu yang bapanya tidak bekerja, manakala ibunya telah meninggal dunia. 

Mendengarkan jawapan pelajarnya, pensyarah itu menyuruh kakaknya menjual barang kemas miliknya bagi membeli laptop, yang menurut beliau, hanya berharga RM800 di pasaran.

“Aku sanggup tak ada pakaian, aku hanya ada lima helai je pakaian. Yang paling penting ialah komputer. Komputer itu sangat-sangat penting”

Katanya, tiada yang lebih penting daripada pelajaran. 

“Lepas ni aku akan ajar kau Excel, pasal itu engkau akan jadi drop-out student,” sambungnya lagi.

Beliau kemudian menyuarakan pendapatnya terhadap golongan B40 yang dianggap tidak mengambil pendidikan sebagai hal yang serius sebelum mengarah seluruh kelas menutup kamera.

Video yang kini tular di serata media sosial telah mengundang kecaman daripada netizen seluruh Malaysia. Rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pensyarah itu ‘menegur’ anak muridnya tanpa empati, sekaligus menghina golongan B40.

Walaupun begitu, ada juga netizen yang bersetuju dengan isi teguran beliau.

Isu tersebut menjadi lebih hangat kerana pensyarah berkenaan bekerja di institusi pendidikan yang diwujudkan untuk membantu golongan B40 dan pelajar yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan mendapat pendidikan.

Masih tiada berita tentang tindakan yang diambil terhadap pensyarah itu ketika artikel ini ditulis.


Nak baca lebih berita menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts