Top Glove Catat Kes COVID-19 Lebih 1000. Netizen Salahkan Majikan!

Sumber: Reuters

Negara kita hari ini (24/11/2020) mencatat rekod kes paling tertinggi iaitu sebanyak 1,884 dan 1,203 di Selangor sahaja! Dalam 1,203 itu pula, 1, 067 sahaja adalah daripada Kluster Teratai yang membabitkan pekerja-pekerja kilang syarikat terkemuka, Top Glove.

Susulan itu, sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan terbesar itu akan ditutup secara berperingkat.

Walaubagaimana pun, laman sosial hari ini dilimpahi dengan rasa tidak puas hati netizen kepada pihak pengurusan Top Glove yang gagal mengambil langkah berjaga-jaga daripada peringkat awal.

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu selepas KKM mengesan 215 kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di kawasan asrama asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 membabitkan 5,700 pekerja yang tinggal di asrama lelaki dan wanita dan 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.

Mari kita sama-sama berdoa dan berganding bahu memerangi wabak bahaya ini demi kemaslahatan bersama.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts