[THROWBACK 2020] – 7 Isu Viral Jadi Bualan Hangat Sepanjang Tahun

Sedar tak sedar malam ni tepat jam 12.00 am kita akan masuk tahun baru iaitu tahun 2021. Rasa sekejap je masa berlalu. Januari, Febuari, terus Disember.

Hah! Dalam pada masa yang sama, sepanjang tahun ni juga ada banyak isu viral di media sosial. Tapi harini, Abe nak kongsikan 8 isu viral yang evergreen untuk tahun 2020 ni.

Isu Viral 2020

  1. Wabak Pandemik (Virus Covid-19)
Sumber: Telegram

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemikpenyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). 

Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. 

Sehingga 30 Disember 2020, Malaysia telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 110,484.

2. Tak boleh balik kampung untuk beraya.

Sumber: Google

Tak boleh balik kampung untuk sambut perayaan aidilfitri pada bulan Mei yang lalu memang tak dapat dinafikan beri kejutan yang besar dekat rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya.

Perayaan yang di sambut pada setiap tahun itu tidak dapat di sambut seperti pada tahun-tahun sebelum ini disebabkan oleh serangan wabak pandemik covid-19

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia sendiri telah membuat pengumuman rasmi yang mana perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Berita Harian

Perdana Menteri berkata beliau tahu ramai yang sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga, namun larangan sedemikian harus dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dan mengekang penularan COVID-19.

3. Dalgona Kopi

Sumber: Google

Bila lihat sekali pandang nampak macam air kopi yang biasa kan? Mungkin juga bagi penggemar minuman kopi dah tak asing lagi dengan minuman yang di kenali sebagai Dalgona Kopi.

Tapi, minuman yang mudah dan senang untuk di buat ini tiba-tiba menjadi viral disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang mana pergerakkan ke luar dari rumah adalah sangat terhad bagi membendung wabak pandemik.

Dengan hanya menggunakan 4 bahan utama iaitu serbuk kopi/nescafe, susu segar, gula, dan air panas. Cara menghasilkannya sangat mudah dimana korang cuma perlu campurkan bahan-bahan yang ada dan kemudiannya pukul menggunakan whisk utensil sehingga ia menjadi pekat dan ready untuk di minum!

Sumber: Google

4. Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?

Group Facebook yang viral ni juga bermula semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akibat wabak pandemik, covid-19.

Group yang viral ni kini sudah mempunyai 2 juta ahli masih lagi aktif hingga ke hari ini.

Apa yang seronok tentang group ni adalah, ahli dalam group ni akan kongsikan menu-menu masakkan yang tak menjadi mungkin disebabkan cubaan yang pertama kali atau tersalah menggunakan bahan.

Sumber: Google

Tanpa segan silu, mereka tetap berkongsi hasil masakkan yang dikatakan tak berjaya itu ke dalam group tersebut.

Memang tak di nafikan, group itu menjadi salah satu hiburan rakyat Malaysia sepanjang PKP kerana masing-masing di hadkan untuk keluar dari rumah.

Sumber: Google

Tak cukup dengan itu, muncul pula group baharu khas untuk kaum lelaki iaitu Suami Masak Apa Harini dan antara larangan utama dalam group ini adalah kaum wanita tak dibenarkan sama sekali untuk join.

5. Youtuber: Sugu Pavithra

Sumber: Youtube

Youtuber ini mula dikenali melalui perkongsian video masakkannya yang telah dimuat naik di laman youtube dikenali sebagai Sugu Pavithra.

Ibu kepada dua orang anak yang dikenali sebagai Pavithra dan berbangsa India ini gemar berkongsi video masakkan dengan menggunakan bahasa melayu dan cara masakknya sangat mudah dan sama seperti apa yang biasa orang buat.

Sumber: Google

Dia mula dikenali dan menjadi lebih viral sehingga Perdana Menteri Malaysia juga sedar akan perkara ini dan menghadiakan ketuhar serta tripod kepada pasangan Sugu Pavithra.

Rezeki kepada Pavithra apabila menjadi viral. Dia telah dilamar untuk sesi photoshoot dan di make over. Penampilan terbarunya itu menjadi bualan hangat netizen.

Sumber: Google

Namun, seperti air ada pasang surutnya. Semasa berada di puncak viral, telah berlaku konflik diantara pasangan suami isteri ini. Sugu, suami kepada Pavithra telah didakwa di mahkamah kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger.

Kejadian berlaku di parkir wad unit penjagaan paliatif (PCU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Namun, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan sehingga kini pasangan itu masih lagi bersama dan Pavithra memutuskan untuk tidak mahu mempunyai melangkah ke dunia populariti dan hanya mahu fokus kepada channel masakkannya sahaja.

6. Nur Sajat Tunai Umrah?

Bila sebut je nama Nur Sajat ni, sapa je tak kenal dengan usahawan yang penuh dengan kontorversi ni kan?

Tak habis lagi dengan isu jantina miliknya yang kerap di pertikai netizen, awal tahun lalu Nur Sajat bersama ahli kelurganya pergi menunaikan Umrah.

Salah ke Nur Sajat pergi tunaikan Umrah? Dia kan muslim?

Memang tidak salah, tapi apa yang menjadi perdebatan ramai adalah, Nur Sajat pergi menunaikan Umrah dengan mengenakan telekung dan bertudung sepanjang di sana.

Walaupun Nur Sajat keras mengatakan bahawa status dirinya adalah seorang khunsa, namun ramai netizen yang masih mempertikaikannya dan tetap menganggap usahawan itu seorang lelaki.

7. Ebit Lew Wira 2020

Antara nama individu yang kerap disebut sepanjang tahun 2020 ini adalah Ustaz Ebit Lew. Beliau adalah seorang pendakwah bebas dan juga usahawan.

Tanpa berfikir panjang, bila ada isu viral mengenai kesusahan rakyat di Malaysia tak kira di mana pasti akan di bantu oleh individu ini.

Sumber: Google

Namanya sering menjadi bualan ramai kerana keazaman dan ketekunan beliau bersama team bagi membantu sesiapa yang dalam kesusahan.

Sumber: Google

Bukan itu sahaja, baru-baru ni Ebit Lew telah menerima anugerah khas daripada rancangan popular Anugerah Meletop Era iaitu bagi kategori Anugerah Wira Meletop. Selayaknya!

Sumber: Google

Hah! ini antara top 7 isu viral dan hangat yang di pilih oleh Laichikang sepanjang tahun 2020. Untuk tahun 2021 ni apa azam korang? Jangan lupa share tau!

BACA: PewDiePie dianugerahkan sebagai ‘Wajah Paling Kacak 2020’, ramai tak puas hati

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts