[TERKINI] – HARTAL Doktor Kontrak Berhimpun Untuk Tuntut Jawatan Tetap

Pada hari ini, 26 Julai 2021, negara kita digemparkan dengan himpunan beramai-ramai secara aman dan penjagaan SOP yang teratur oleh doktor kontrak di hospital kerajaan bagi menuntut hak jawatan kekal.

Difahamkan, mereka yang terlibat dengan himpunan ini adalah doktor yang berjawatan kontrak dan dipercayai tidak akan di tukarkan kepada jawatan tetap dalam masa terdekat walaupun ada yang sudah lama menjawat jawatan kontrak itu.

Sumber: Twitter

Walaupun mereka hanya menjawat jawatan kontrak, namun waktu kerja dan beban kerja yang turut di hadapi adalah sama seperti doktor yang berjawatan tetap.

Jadi, himpunan beramai-ramai pada hari ini adalah bertujuan untuk pihak kerajaan memberikan jawatan tetap kepada mereka.

Di sini adalah kompilasi himpunan beramai ramai doktor kontrak di hospital seluruh Malaysia.

Pada hari ini juga, mereka berhimpun dengan menggayakan pakaian serba hitam bersama kertas yang berhashtag #hkontrak. Himpunan ini dikatakan bermula seawal jam 11.00 pagi serentak di seluruh negara.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan himpunan doktor kontrak di kawasan Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang tidak dibenarkan dan campur tangan pihak polis mungkin berlaku jika ada yang berdegil.

Admin harap, usaha yang dilakukan oleh doktor kontrak ini mendapat perhatian dari pihak kerjajaan dan memberi jaminan kepada mereka untuk mendapat jawatan tetap dalam masa yang terdekat.

Nak bagi lebih banyak lagi news terkini? Jom teruskan membaca di Laichikang.

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts