Terjawab Persoalan, Ebit Lew Kesal Diri Di Fitnah

Minggu ni je, banyak cerita viral yang panas dan sensasi dekat media sosial. Tidak ketinggalan juga, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) yang namanya tiba-tiba menjadi viral setelah mendapat kritikan mengenai dirinya.

Tidak mudah melenting, Ebit Lew yang masih lagi bersedih akibat fitnah melampau yang dilemparkan, terhadapnya kini tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada tercetusnya kontroversi yang melanda diri beliau dan keluarga.

Menurut UEL menerusi LIVE di laman sosial miliknya, tujuan beliau ke Gaza adalah untuk membantu dengan niat kerana Allah SWT, namun tidak mahu ‘terkenal’ dengan perkara-perkara viral yang ‘buruk’ sehinggalah terjadinya kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya termasuklah turut dipanggil Dajjal oleh sesetengah pihak.

Sumber: Instagram

UEL turut menjelaskan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nadir Al Nuri bahawa, beliau pergi ke Gaza dengan duit sendiri dan tidak melibatkan mana-mana tabung sepertimana yang diutarakan Nadir.

” Saya pakai duit saya sendiri ke Gaza. Termasuklah penginapan dan sebagainya. Untuk kos penerbangan, Turkish Airline yang menaja penerbangan kami. Alhamdulillah.” 

“Sepatutnya soalan berkaitan duit RM20 juta itu ditanyakan sendiri oleh saudara Nadir Al Nuri kerana keseluruhan duit yang digunakan oleh saya dan pasukan ke Gaza memang menggunakan duit saya sendiri”

“Isu ‘hilang’ selama sebulan, buat rakyat Malaysia risau”

Isu melibatkan tidak memberi apa-apa update selama sebulan kepada rakyat Malaysia sehingga membuatkan ramai yang risau, UEL menjawab bahawa ketika sampai di Gaza, banyak perkara yang perlu dilakukan. Dan, pasukannya juga terpaksa memberikan nama kepada pihak berwajib sehinggalah urusan lain diberikan kebenaran.

Disebabkan itu, beliau tidak berkesempatan untuk memuat naik atau memaklumkan rakyat Malaysia mengenai keadaan sebenar beliau di sana.

Berkaitan dengan isu membeli barangan di Cairo pula, UEL mendakwa isu ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan. Kerana, di Gaza dan Cairo UEL turut membeli barangan untuk diberikan kepada penduduk Gaza.

“Isu biadap terhadap wakil  Malaysia…”

UEL juga menjawab, perasaan menghadap perjalanan selama 21 jam memang sangat memenatkan. Namun, UEL langsung tidak menolak atau tidak bersalaman dengan sesiapa seperti mana yang didakwa Nadir.

“Perjalanan mengambil masa selama 21 jam, 21 check point dan diiringi dengan 12 kereta kebal. Saya sampai sahaja, saya memang tidak solat maghrib masa tu pula, saya diminta untuk duduk dan berucap sebaik sahaja selesai, saya terus bergegas solat. Saya minta maaf kepada Nadir mana-mana yang terkurang”

“Kenapa block Caprice?”

Isu Caprice ini adalah antara yang paling banyak ditanyakan oleh beberapa pihak. Namun, UEL menjelaskan bahawa keadaan ayah beliau amat tenat. UEL berusaha untuk balik ke Malaysia dengan kadar segera tanpa mahu memikirkan perkara ‘kecil’ lain termasuklah isu Caprice.

Namun, terlalu banyak provokasi yang dilemparkan keatas dirinya termasuklah whatsApp yang diberikan, UEL mengambil keputusan untuk ‘block’ penyanyi rap tersebut di Instagram

“Sesiapa yang kenal saya, memang tahu hidup saya memang untuk ayah dan emak saya. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk  mereka. Dada saya berdegup laju memikirkan ayah dan emak saya”

“Dengan banyak benda-benda negatif ditambah keadaan ayah saya, Caprice mesej saya panjang mengenai apa yang dipostkan nya. Saya sedih, saya baling telefon saya. Sebab keadaan saya tidak baik kerana terlalu rindukan mak  dan ayah”

LIVE yang diakhiri bacaan doa oleh UEL ini diharap dapat menjawab segala persoalan dan kontroversi yang melanda.

Pihak  UEL juga akan menghantar saman kepada mereka yang mencetuskan provokasi mengenai misi bantuan kemanusian ke Gaza.

Jom baca lebih banyak lagi artikel menarik di Laichikang!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts