Tengah banjir pun sempat masak maggi!

Tahun 2021 disambut dengan hujan tanpa henti beberapa hari lalu di beberapa buah negeri seperti Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor. Dan hingga kini, terdapat lebih 20,000 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan menurut laporan, Kuantan masih menjadi daerah paling teruk terjejas.

Baca: 5 Sebab Anda Tak Boleh Mandi Air Banjir

Di kala sedang mengharungi bencana ini, ada yang sempat masak maggi sambil tunggu untuk diselamatkan!

Sumber: Twitter

@iskandar6400 memuat naik memasak maggi sementara menunggu bomba datang. Video yang dimuat naik di TikTok itu telah pun mendapat 90k likes, hampir 2k comments dan 7k shares.

Yang lebih menarik, bukan sahaja maggi yang dimasak, malah ada video rebus daging juga. Ramai yang terhibur dengan video yang dimuat naik oleh @iskandar6400 melalui akaun TikTok nya.

Walaupun akak bomba ajak turun, tapi nak juga makan maggi dulu 😂 memang terhibur!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts