Kes Covid-19 semakin tinggi, ini antara tempat-tempat yang anda perlu elak!

Covid-19

Kebanyakan tempat telah dibuka semula selepas ditutup buat sementara waktu akibat daripada Covid-19. Tetapi, korang kena ingat! Covid-19 masih ada berkeliaran dimana-mana tanpa kita sedar. Jadi, ini antara tempat-tempat yang korang perlu elak!

Dengan kes yang makin tinggi, kita perlu berhati-hati dan jangan kasi Covid-19 menang! Berdasarkan MKN: iaitu kita perlu elakkan diri dari 3S. Kawasan SESAK, tempat SEMPIT, SEMBANG dekat. Tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan penting. Banyak benda yang korang boleh buat bila dirumah. Memasak, menonton drama atau movie yang korang suka dan banyak lagi!

Tempat-tempat yang perlu dielak:

1. Shopping Mall

Photo by Anna Tarazevich from Pexels

Pekerja-pekerja di shopping mall berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19 kerana mereka berhubung rapat dengan pelanggan-pelanggan dan kita sendiri tidak tahu siapa yang mereka telah layan. Jika anda perlu sangat untuk ke Shopping Mall untuk membeli barang-barang keperluana, pastikan untuk sentiasa memakai topeng muka untuk mencegah dari penyebaran berlaku. Gunakan bakul atau troli yang sudah disanitasikan dan sentiasa rajin untuk membasuh tangan atau memakai hand sanitizer.

2. Kunjung mengunjungi saudara-mara

Photo by fauxels from Pexels

Walaupun sekarang ni waktu yang amat digalakkan untuk memberi moral support kepada semua orang, tapi dengan ziarah-menziarahi ini akan membahayakan lebih lagi ramai orang. Seperti terjadinya kes kluster Bah Puchong, Selangor-Perak. (Untuk tahu lebih lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/545688 )

3. Public Transport

Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Tidak kira bas, train atau kapal terbang, ia agak susah untuk pengguna-pengguna untuk mengamalkan SOP disebabkan kekurangan ruang. Ada sebab kenapa naik public transport boleh menjadi tempat risiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Antaranya ialah kerana aliran udara di ruang kecil itu dan juga ketidakbolehan untuk sanitize tempat-tempat itu bila pengguna-pengguna masih ada didalam sesuatu pengangkutan itu.

4. Restaurant

Photo by Norma Mortenson from Pexels

Walaupun ia agak mustahil untuk mendapat Covid-19 melalui makanan, tetapi persekitaran restaurant itu yang akan membahayakan diri kita. Kebanyakan restaurant mempunyai ruangan yang kecil, dan apabila kita membuka topeng muka, kemungkinan besar kita akan dapat virus Covid-19 akibat dari aliran udara yang kecil itu. Jadi, lebih baik untuk bungkus ataupun order saja dari rumah anda!

Cara untuk mengelakkan diri dari Covid-19 sebelum masuk ke sesuatu tempat:

  1. Elakkan tempat yang tidak menyediakan hand sanitizer/ tempat untuk mengisi kehadiran kita
  2. Elakkan tempat yang tidak melakukan pembersihan pembasmian kuman.
  3. Jauhkan diri dari tempat-tempat yang orang-orangnya tidak mengamalkan SOP

Jom kita sama sama lawan Covid-19. Stay at Home! 😊

Kalau nak baca article-article yang menarik lagi, bolehlah tekan link ini. https://www.laichikang.com/

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts