Tealive Perkenalkan 2 Flavour Baru Yang Delicious Dan Menjadi Kegilaan Ramai!

tealive

Tealive keluarkan dua flavour baru iaitu Biskutea Caramel dan juga Biskutea Oreo. Dah cuba ke?

Hello peminat Tealive! Dah cuba ke dua air baru yang dikeluarkan baru baru ni? Dengar cerita, sold out di mana mana dan ramai yang tak sempat nak cuba.

Ada juga yang dah beli, rasa dan upload di media sosial. Katanya memang sedap dan berbaloi beli.

Dua flavour baru ialah Biskutea Caramel dan Biskutea Oreo. Biskutea Caramel penuh dengan crumbs biskut caramel dan Biskutea Oreo pula penuh dengan crumbs oreo!

tealive
Sumber: Twitter

“Sedap yeeee biskutea caramel tealive tu. Tak manis pun. Rasa lemak lemak susu pastu crunchy biskut” – @AinnurNajiha via Twitter.

Tengok review dia memang buat kita rasa nak order sekarang juga kan! Lagi lagi minum time panas, kemanisan dia memang padu.

tealive
Sumber: Twitter

Ini pulak review berkenaan Biskutea Oreo. Memang nampak refreshing gila kan?!

Bak kata netizen, korang memang patut cuba kedua dua air baru dari Tealive ni. Takkan rugi! Nak lagi adalah. Harga pun tak mahal sangat, RM10.90 je.

Nak tahu lagi apa sebab korang kena juga dapatkan kedua dua air ni secepat yang mungkin? Sebab dua air ni seasonal. Lepas ni takkan ada dah.

Jadi, pergi ke cawangan Tealive yang berdekatan dan dapatkan sekarang. Enjoy!

Baca: Kenapa 1 pun ‘seasonal flavours’ tak ada dalam permanent menu?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts