Tealive buat hal lagi! Kini, keluarkan ‘Mi Goreng Boba’

Kalau dulu Spicy Mi Boba, kini dah upgrade kepada Mi Goreng Boba. Pelik tapi benar. Begitulah kejadian Mi Goreng Boba ni.

Baru baru ini, Tealive telah mengeluarkan berita yang mengejutkan netizen.. lagi sekali. Ramai yang menyangka Mi Spicy Boba tu dah cukup mengarut tapi kini Tealive x Mamee sekali lagi buat hal dengan mengeluarkan Mi Goreng Spicy!

Spicy Mi Boba pun rasa penyesalan (bak kata Khairul Aming), agak agak apa rasa Mi Goreng Boba ni pula?

Korang dah try Spicy Mi Boba? Amacam best tak? Haa, kali ni kena cuba Mi Goreng Boba. Mana tahu boleh saing-saing mi goreng mamak.

“Ops, we did it again”

“Kali ini konfem tasty”

Sama macam Spicy Mi Boba, ianya adalah untuk limited time sahaja. Namun, kali ini Tealive menjual Mi Goreng Boba pada harga RM19.90 dan korang akan dapat 4 cups!

Kalau korang nak cuba, jangan lupa kongsikan pengalaman makan Spicy Mi Boba bersama kami di ruangan komen. Jangan lupa ajak kawan korang sekali, buat challenge baru la meriah!

Layari Laichikang untuk berita yang lebih menarik.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts