Tarikan Unik Sarawak, Muzium Budaya Borneo Bakal Dibuka Mac Ini

Korang suka melawat muzium? Kalau nak kenali sejarah sesebuah tempat itu dengan lebih mendalam, tentulah perlu melawat muzium tempatannya, betul tak?

Sebuah Muzium Budaya Borneo akan dibuka di Sarawak pada Mac tahun ini. Muzium itu bakal mempamerkan pelbagai artifak, replika dan barangan yang berkaitan dengan kebudayaan di Sarawak.

Dua tahun tertangguh perasmian akibat pandemik

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Muzium Budaya Borneo bakal menjadi tarikan utama para pengunjung untuk datang ke Sarawak. Muzium itu berfungsi sebagai pusat tumpuan untuk mempelajari dan memahami adat serta budaya suku kaum di Sarawak dengan lebih mendalam.

“Bangunan ikonik seperti Muzium Budaya Sarawak yang akan dirasmikan pada Mac tahun ini oleh Tun Abdul Taib Mahmud ini akan menggerakkan lagi industri pelancongan,” ujarnya.

Bakal menjadi muzium kedua terbesar di Asia Tenggara

Menurut beliau, bangunan berkelas dunia ini akan menjadi muzium terbesar di Malaysia dan Borneo, dan akan menjadi muzium kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Singapore National Museum.

Antara tarikan utama Muzium Budaya Borneo adalah Floor of Desire, Painted Caves, dan Sarawak in Motion.

Selain itu, pameran di muzium ini berbeza dan unik berbanding muzium lain kerana ia akan menerapkan aspek interaktif dan penggunaan teknologi maklumat terkini. 

Pelawat boleh mengimbas kod untuk mendapatkan lebih maklumat melalui telefon pintar mereka. Canggih sungguh!

Nampaknya, mereka yang pergi ke museum tu akan membawa balik cerita dan pengalaman yang menarik.

Eh, tak sabarnya nak tunggu muzium buka!

Nak baca kisah lebih menarik? Mari ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts