“Takda Trademark. InsyaAllah Sama2 Kita Cari Rezeki.” – Che Nom.

Nama Norma Bakar mungkin tidak dikenali orang, tetapi ramai yang mengenali dirinya sebagai Che Nom. Siapa yang tidak kenali Che Nom? Seorang yang pemurah dalam mengajar ramai netizen tidak kira muda atau tua dengan ilmunya tentang masakan-masakan dari lauk melayu kita, western dan baking semua ada! Admin adalah antara salah seorang pengikut Che Nom. Hehe.. Che Nom sedang viral di Twitter kerana beliau tweet di Twitternya ini.

Che Nom mempunyai pengikut di Youtube sebanyak lebih dari 900,000 pengikut! Wow, dah nak masuk sejuta dah! Tak sabarnya nak tunggu Che Nom dapat Gold Play Button dari Youtube!

Kenapa Che Nom boleh viral ya di Twitter? Bermulanya kecoh dari kisah ‘Daging Harimau Menangis’ keluaran Noor Khan Enteprise milik ibu Neelofa. Kontroversinya adalah apabila permohonan Noor Kartini untuk mendapatkan cap dagangan (Trademark) bagi Daging Harimau Menangis keluarannya itu.

Selain itu, sebuah rakaman video yang dimuat naik dalam InstaStory Noor Kartini turut mengundang marah dari warga netizen. Dalam video berkenaan, Noor Kartini memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk trademark-kan Harimau Menangis.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,” kata Noor Kartini.

Perkara tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan nama dan logo tersebut sudah lama digunakan oleh ramai pihak dan tidak seharusnya dipatenkan.

Seorang warga Twitter meluahkan tanda tidak setuju dengan tindakan Noor Kartini itu.

Tweet @azrulhaqim mendapat 11.7k retweets dan 15.1k likes, fuh! Ramai yang support Azrul ni. Antara reply dibawah bebenang Azrul ini adalah:

Bermacam-macam reaksi lagi, tapi admin nak tanya. Apa korang rasa?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts