Tak Memilih Kerja, Pengawal Keselamatan Ini Dulu Pelajar Cemerlang

Banyak persepsi diberikan kepada anak muda yang baru habis belajar sekarang ni. Ramai yang beranggapan anak muda kini terlalu memilih kerja sehingga sanggup menjadi penggangur.

Namun, berbeza pula dengan kisah seorang pemuda ini yang langsung tidak merasa segan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan walaupun sebenarnya dia merupakan pelajar cemerlang sewaktu persekolahan.

UPSR, PT3, SPM, semua straight A

Pemuda ini pernah mendapat straight A dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM dan dia dilihat tidak berasa segan untuk menjadi pengawal keselamatan demi mencari rezeki.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Tik Toknya, pemuda yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) keputusan itu dibuat olehnya kerana dia tidak mahu membebankan orang tuanya.

@danial_roi

Tak ikut trend awal tak nak fyp. #abangguard

♬ BARB MIX 2 – Baby Q💖

Tanpa mengira bidang pekerjaan, dia menerima tawaran bekerja itu bagi mengisi masa lapangnya.

Seperti lepasan STPM yang lain, pemuda ini juga bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat ijazah kelak.

Semoga, cita-cita dan impian untuk belajar di menara gading tercapai.

Jom baca lebih banyak lagi artikel menarik di Laichikang!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts