“Tak ada sivik ke?” – Tindakan seorang wanita buang sampah daripada kereta undang kecaman

Kebersihan melambangkan keperibadian. Siapa setuju?

Isu kebersihan persekitaran sedang hangat diperkatakan di merata platform. Dengan bencana banjir yang berlaku di negara, kebersihan persekitaran adalah satu perkara yang sangat penting.

Namun, ada segelintir pihak masih tidak mempunyai kesedaran ini.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 20 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita melemparkan dua bungkusan plastik di sebuah jambatan di Kelantan daripada kenderaannya.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, wanita tersebut memberhentikan kereta di tengah-tengah jambatan lalu membuang sampah keluar dari tingkapnya.

Aktiviti tidak bersivik itu disaksikan ramai lagi pengguna jalanraya yang lain.

Tindakan tanpa segan silu wanita itu mendapat perhatian netizen dan kebanyakkan netizen mengecam tindakan yang tidak bermoral itu.

Malah, ramai yang turut menyatakan kelakuan itu memalukan rakyat Kelantan apabila kenderaan yang dinaiki menggunakan nombor plat ‘D’.

Ini merupakan reaksi netizen selepas video itu tular:

Bukan itu sahaja, orang ramai turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajar kepada si pelaku. Jika kelakuan ini tidak dikenakan tindakan, kemungkinan ia akan menjadi satu perkara yang normal dan akan mengakibatkan pencemaran sungai dan banjir.

Selepas menerima pelbagai teguran, individu tersebut tampil memberi penjelasan atas perlakuannya itu.

Katanya tindakannya itu adalah untuk membuang saka.

Image

Apa-apa pun, jangan buang sampah merata-rata guys. Mungkin kita tak nampak impaknya sekarang, tapi cuba bayangkan apa yang akan terjadi pada bumi pada tahun-tahun akan datang?

Renung-renungkan!

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts