TAHNIAH! Dato Seri Siti Nurhaliza Umum Hamil Anak Ke-2

Sebelum ni, memang ramai peminat penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza yang sudah meneka bahawa penyanyi itu telah hamil untuk anak yang kedua.

Tetapi, penyanyi itu tetap mendiamkan diri tanpa memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

Namun, pada hari ini 1 Disember 2020 Dato Seri Siti Nurhaliza akhirnya telah membuat pengumuman rasmi mengenai kandungannya itu pada laman Instagram.

Sumber: Instagram

“Hamil sudah 4 bulan

Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Seperti yang umum tahu, penyanyi yang bersuara lunak merdu ini juga seorang yang sangat merendah diri dan beliau meminta supaya didoakan kandungannya selamat sehinggalah waktu bersalin nanti.

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!

Tidak mahu ketinggalan dengan berita gembira ini, ramai rakan-rakan selebriti yang turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Dato Seri Siti Nurhaliza.

Sumber: Instagram

“Alhamdulillah, tahniah Mak Iti

Sumber: Instagram

“Alhamdulillah, rezeki dari Allah

Sumber: Instagram

Alhamdulilah, tahniah juga buat Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato Seri Khalid diatas kehamilan kedua ini. Semoga kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga dipermudahkan semuanya sehingga bersalin nanti.

Yayy, mesti Aafiyah dah tak sabar nak jumpa adik dia!

Baca: Respect! Iron Man Jual Air Jagung Selepas Hilang Kerja

Sumber: Sinar Harian
Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts