Suspek Bunuh dan Bakar Wanita Didakwa Hari Ini

Suspek utama dalam kes pembunuhan dan bakar mayat wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras akan didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an merupakan pengawal keselamatan di sekolah tersebut. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

“Suspek dipercayai masih bujang, dan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan cabul dan samun,” katanya pada Berita Harian, semalam. 

Pihak polis telah mendapatkan keterangan daripada 37 individu termasuk suspek bagi membantu siasatan kes.

Suspek sebelum ini ditahan reman kerana dipercayai terlibat dengan kes bunuh dan bakar mayat wanita  25 tahun pada 12 Mac lalu.

Mangsa ditemui rentung dalam bengkel kemahiran di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras.


Nak baca berita terkini? Ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts