Sunscreen Ni Penting Ke Tak?

sunscreen-ni-penting-ke-tak
Source: Prevention
Ramai yang selalu persoalkan kepentingan sunscreen dalam hidup dorang.

“Apa lah penting sangat pasal extra moisturizer ni?”

Hello, tu bukan extra moisturizer lah! Sunscreen ni lah skincare product yang akan selamatkan kulit korang in the future nanti tau tak! Korang mungkin masih belum nampak lagi effect sunscreen free skincare routine korang tu, tapi bila dah nampak baru nak menyesal tak guna lah…

Macam orang tua suka cakap, “Bila nasi sudah menjadi bubur…..tambahlah lauk ikan masin…” (Hahaha……….)

“Hmm mak aku tak pakai sunscreen okay je dia….”

Korang bukannya tahu pun yang sebenarnya mak korang ni senyap-senyap pakai sunscreen SPF 50 yang berjenama mahal. Hah, tak tahu kan? Hah, so dengar je lah cakap sis ni.

Jadi harini, Sis akan sharekan 3 sebab sunscreen ni penting!

Bukanlah apa, sis saja je nak takutkan semua biar korang borong semua suncreen dekat kedai Watson tu. #WatsonPleaseSponsorMe

3 Sebab Sunscreen Penting!

#1 Kurangkan risiko kanser

Sunscreen ni ada kelebihan untuk mengurangkan risiko kanser kulit seperti Melanoma. Tahukah korang semua, Melanoma ni berbahaya bagi para wanita yang berumur 20 tahun ke atas. Yang paling menakutkan ialah penyakit ni mampu mengancam nyawa!

#2 Lindungi kulit daripada matahari

Untuk pengetahuan korang, sunscreen ni melindungi kulit kita daripada sinaran UV matahari yang bahaya. Dalam kata lain, sunscreen ni berfungsi untuk kurangkan tembusan sinaran UV ke dalam kulit dan mampu mengurangkan risiko penyakit kulit!

#3 Kekalkan tona kulit yang sekata

sunscreen-ni-penting-ke-tak
Source: NoZebraBand

Siapa saja yang tak idamkan tona kulit yang sekata? (Tibeh) Kalau korang amalkan sunscreen dalam skincare routine korang, confirm tona kulit korang sentiasa sekata. Kalau korang nak tahu, sun damage sebab tak pakai sunscreen ni lah merupakan salah satu punca tona kulit korang tak sekata – macam zebra…. Hah tak pakai lagi, siapa suruh……

Sis dan korang ni bagaikan Daia dan kotoran di baju. Sebagai Daia, sis akan seDAIA upaya hilangkan kotoran degil di baju (mindset degil yang tidak mahu percayakan kepentingan sunscreen) dalam diri anda! HAHAHA see what I did there?

Sis harap perkongsian harini mampu ubah hidup korang ke arah yang lebih baik lagi. Sis doakan yang terbaik saja lah untuk korang semua. Okay, so apa kata korang baca article lain pulak dekat Laichikang ni? Semua article best! Kalau tak percaya, kenalah baca sendiri!

Okay fine, sis suggest korang baca 5 Cara Detect Bag Fake Dengan Mudah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts