Suka Simpan Barang? Hati-hati, Ini 5 Tanda Penyakit Hoarding Disorder.

Perhatikan persekitaran rumah anda. Berapa banyak barang yang anda dah tak guna bertahun-tahun, tapi tak guna? Hati-hati, anda mungkin ada tanda penyakit hoarding disorder.

Apa itu hoarding disorder?

“Kalau nak buang rasa macam sayang pula..”

“Eh boleh guna lagi ni..”

“Mana lah tahu nanti nak guna..”

Selalu ada tabiat macam ni? Kadang-kadang sampai rumah dah penuh dengan barang yang simpan tapi tak guna.

Mungkin ramai yang merasakan rasa sayang nak buang barang ini bukanlah masalah besar. Tapi, apa yang ramai tak tahu adalah penyakit sayang nak buang barang atau hoarding disorder ini merupakan satu penyakit mental yang serius?

Penyakit ini menyifatkan pesakitnya susah untuk membuang barang walaupun barang-barang tersebut sudah tiada nilai dan tidak digunakan lagi.

Antara barang yang biasa dikumpul adalah majalah, surat khabar, beg plastik, beg kertas, pakaian, kertas, bekas-bekas plastik dan macam-macam lagi.

Kredi: Green And Growing

Penyakit ini boleh terjadi kerana seseorang mempunyai kompulsif untuk memberi barang atau mengambil barang percuma seperti flyers atau mengumpul barang yang dirasakan unik.

Tahukah anda, 1 dalam 50 rakyat Malaysia cenderung menjadi hoarders?

Pakar dari sebuah organisasi kitar semula, Prof Madya Dr Richard Ng yang dipetik menerusi satu laporan media berkata, satu dalam 50 penduduk di Malaysia berkecenderungan menjadi hoarders.

“Tindakan susulan perlu diambil apabila mengesan mereka yang mengalami penyakit ini kerana ia boleh mengancam keselamatan diri atau masyarakat setempat.

“Golongan ini juga perlu dikendalikan oleh mereka yang pakar seperti kaunselor atau pakar psikiatri,” kata beliau.

Bagi Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad, hoarding disorder boleh berlaku kepada sesiapa dan gejala biasa yang boleh dikenal pasti adalah penghidap tidak boleh berpisah daripada barang-barang yang boleh dianggap tidak bernilai dan tidak berguna.

5 Tanda Penyakit Hoarding Disorder Yang Mungkin Anda Alami

  1. Rumah menjadi sempit
Kredit: rnz.co

Akibat suka menyimpan barang, anda akan mula mengalihkan perabot untuk memberi ruang bagi meletakkan barang-barang yang anda ‘sayang’.

Next level is apabila perabot anda akan mula dipenuhi dengan barang-barang sampai dah tak ada kawasan untuk duduk.

Sampailah perabot dah penuh dengan barang-barang tak berguna tu dan akhirnya ruang rumah anda hanya cukup untuk berjalan dari satu bilik ke bilik yang lain sahaja.

2. Barang bersepah

Tanda penyakit hoarding disorder yang seterusnya adalah barang bersepah. Sesetengah orang mungkin ada banyak barang dan tahu cara organize dan tersusun rapi.

Tapi.. orang dengan penyakit ini suka mengumpul barang ni dia akan meletakkan barang-barang tak kira tempat. Merata-merata sehingga menyebabkan rumah bersepah dan semak dengan barang-barang.

3. Barang yang dikumpul tiada nilai

Tanda penyakit hoarding disorder yang seterusnya adalah suka menyimpan barang yang tiada nilai.

Barang-barang yang tak ada nilai ni contohnya surat lama, katalog, majalah, baju atau pun surat khabar lama.

Antara sebab kenapa mereka simpan barang-barang ini adalah mereka beranggapan mereka akan pakai atau guna balik satu hari nanti yang tidak tahu bila.

4. Menjauhkan diri

Kredit: WJHL.com

Mungkin ada keluarga atau rakan terdekat berusaha untuk membantu menguruskan barang-barang individu yang mempunyai masalah ini. Namun, ia akan menjadi masalah apabila individu tersebut tidak mahu barang-barangnya disentuh atau diurus orang lain.

Akhirnya, individu tersebut memilih untuk mengasingkan diri untuk mengatasi masalah tadi. Selain itu, dengan kondisi rumah yang penuh dengan barang, individu-individu ini lebih memilih untuk tidak menerima kunjungan.

5. Memarahi sesiapa yang menyoal

Tanda penyakai hoarder disorder yang seterusnya adalah akan marah apabila ditanya mengenai sikap suka kumpul barang. Antara alasan yang digunakan apabila ditanya adalah mereka ada plan untuk semua barang ini.

Individu yang mengalami penyakit ini percaya barang yang mereka simpan mungkin berguna untuk masa hadapan.

Atau pun, mereka merasakan barang-barang tersebut mempunyai sentimental value yang tersendiri dan tidak boleh dibuang.

Penyakit ini tak sama dengan orang yang suka kumpul barang berharga.

Pengumpul barang berharga biasanya mempunyai tempat untuk mereka simpan barang mereka dengan kemas dan bangga dengan koleksi mereka.

Orang dengan penyakit hoarding disorder pula akan rasa malu dengan keadaan rumah
mereka yang dipenuhi dengan barang-barang tak ada nilai yang mereka kumpul.
Jika anda ada tanda-tanda penyakit ini, pastikan anda cepat carikan bantuan untuk mengatasi masalah ini sebelum ia memakan diri anda sendiri.

Jika ada keluarga atau rakan terdekat yang mempunyai masalah ini, jangan migraine dulu. Penyakit ini boleh diubati.

Baca: Doktor kongsikan 6 cara elak mendapat serangan migraine

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts