“Stop the medication! Jangan percaya!” – Influencer Berstatus ‘Professor’ Terima Kecaman Lepas Beri Pandangan Tentang Anxiety

Mungkin masih ada ramai lagi yang tidak sedia maklum dengan masalah anxiety. Mungkin juga masih ada yang menganggap anxiety itu tidak wujud dan hanya dibuat-buat oleh individu yang terkena.

Tahun demi tahun, dunia pun semakin maju. Maka, pemikiran kita harus juga seiring dengan peredaran zaman serta kita juga patut tahu mengenai masalah anxiety itu sendiri.

Hari ini, tular di laman Twitter mengenai video pendek berdurasi 45 saat yang menunjukkan seorang Influenser terkenal yang mana beliau juga merupakan seorang Professor dan pakar mata telah mengeluarkan kenyataan dan pandangan beliau mengenai masalah anxiety.

Macam biasalah, tak semua akan bersetuju dengan pendapat atau pandangan kita.

Namun, rata-rata netizen kelihatan bengang dan sangat tak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan individu berkenaan.

Jadi, kenyataan apa yang dikeluarkan sampai ramai sungguh yang bengang ye?

Melalui video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan meminta mereka yang sedang menghidapi masalah anxiety untuk berhenti dari makan ubat dan jangan mendengar nasihat doktor.

Dalam video itu juga, beliau memberikan contoh yang mana sesuatu perkataan yang digunakan mampu mengubah pendirian dan persepsi seseorang yang mengidapi masalah anxiety tersebut.

“Saya sihat, saya sihat, saya sihat, Terus sihat” – katanya.

Namun, boleh dikatakn ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan individu ini yang mana mereka menganggap seseorang yang tidak berada di dalam kepakarannya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Kalau pakar mata, komen je pasal mata..

Sumber: Twitter

Semua benda nak diulas

Sumber: Twitter

Semoga isu ini cepat reda dan ada jalan penyelesaiannya. Zaman ni kita memang tak asing dengan berlainan pendapat dan pandangan. Maka disebabkan itu, kita perlu berhati-hati bila ingin mengeluarkan sebarang komen mengenai sesuatu isu.

BACA: Pemuda Kongsi Pengalaman Pahit Hidap Tahap Ke 5 Akibat Jangkitan Covid-19

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts