SOP Kelaut Gara-gara Ikan 10 Sen Seekor

Barangan murah, diskaun, memang buatkan kita jadi tak keruan, terutamanya pada ketika inflasi negara semakin meningkat, dan harga barangan semua naik mendadak.

Jadi, tak hairanlah ramai yang akan menyerbu apabila ada sebarang jualan murah.

Begitulah apa yang berlaku dalam video tular yang dimuat naik oleh Mohammad Amirul Fitri di Facebook semalam. 

Menurut video itu, orang ramai sedang berebut memilih ikan Mabong yang dipercayai dijual murah dengan harga 10 sen sahaja. Mereka yang terlibat didapati melanggar arahan SOP, malahan tidak menjaga penjarakan sosial antara mereka. 

sumber: facebook

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pasar raya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang baru saja dibuka baru-baru ini kepada orang ramai.

Pihak pengurusan terpaksa menghentikan penjualan 10 minit selepas pembukaan berikutan dengan tindakan para pembeli. 

Video tular itu telah mencetuskan pelbagai perdebatan di sosial media kerana risau akan kes COVID-19 yang kian meningkat.

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan perdebatan hangat antara netizen yang menyuarakan ketidakpuasan hati dan kerisauan mereka terhadap situasi itu.

Video itu telah meraih sebanyak 2.7k likes, 3.4k komen dan 7.3k shares ketika artikel ini ditulis.

Orang ramai diminta tidak mengikuti tindakan mereka yang berada dalam video tersebut pada masa akan datang. Jaga Sop dan kekalkan penjarakan sosial.


Nak baca lagi artikel menarik? Jom ikuti perkongsain daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts