Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Lebih 48 Jam ‘Ditidurkan’

Penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raissuddin yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berita sedih ini dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib menerusi laman Instagram.

“Bidadari syurga saya pergi buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah,” tulis pelawak dan usahawan itu.

Jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Lebih menghibakan, Allahyarham yang berusia 37 tahun itu pergi buat selama-lamanya tanpa sempat menatap wajah bayi lelaki dikandungnya selama lapan bulan yang terpaksa dikeluarkan secara pembedahan ekoran keadaan oksigen dalam badannya yang merosot ketika itu. Bayi yang diberi nama Ayash Affan itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Untuk rekod, Allahyarham sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka menjalani ujian saringan selepas mendapat berita yang pembantu rumah mereka positif wabak itu.

Pada 4 Ogos lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Semakin itu dikejarkan ke hospital apabila mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan.

Allahyarham kemudian ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Seluruh team Laichikang mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Siti Sarah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Total
14
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts