Sijil Vaksin MySejahtera Tidak Diterima Di Filipina

Seramai 15 pelancong Malaysia dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila kerana tidak dilepaskan pihak imigresen berikutan menerima vaksin di Malaysia.

Menurut mereka, pihak imigresen Filipina tidak menerima sijil digital MySejahtera sebagai bukti vaksinasi. 

Disebabkan itu, 15 pelancong Malaysia yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak dibenarkan masuk. Manakala passport mereka turut dirampas.

Pihak berkuasa Filipina memberitahu bahawa mereka hanya membenarkan pelancong yang mengambil vaksin dari negara lain seperti United Kingdom dan Singapura atau pelancong yang memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).  

Dilaporkan Duta Besar Malaysia telah menemui dengan pelancong Malaysia yang terkandas. Beliau dikatakan akan cuba sedaya upaya membantu menyelesaikan kesulitan ini.

“Kami diberitahu bahawa Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis lalu namun tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.

“Mereka cuba sedaya upaya untuk berunding dengan imigresen bersama-sama pasukan Malaysia Airlines, tetapi tidak berjaya dan kini semua rakyat Malaysia terkandas,” kata penumpang itu.

Dimaklumkan, mereka akan dihantar pulang pada selasa ini.

Mari baca kisah lebih menarik di Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts