Selalu beli buku tapi tak baca? Anda mungkin mengalami Tsundoku Syndrome.

books
Stacks of books/ Tsundoku Syndrome

Pernah tak korang atau perasan kenalan korang yang selalu sangat beli buku, tapi.. tak baca-baca pun bukunya? Kalau ada, maksudnya korang adalah antara orang yang mempunyai Tsundoku Syndrome.

Apa itu Tsundoku Syndrome?

Tsundoku Syndrome ni datang dari perkataan Bahasa Jepun yang dimaksudkan untuk orang-orang yang membeli buku tetapi tidak sempat untuk membacanya. Tsundoku diambil dari perkataan “Tsun” yang bermaksud longgokan dan Doku datang dari maksud membaca. Jadi, apabila disatukan “Tsundoku” ini,  menjadi makna; membeli bahan bacaan dan melonggokkannya.

Tapi jangan risau, Tsundoku ni bukanlah satu perkara yang bahaya tau. Nak kata dia sebagai satu penyakit jauh sama sekali.  Cumanya, ia akan menjadi satu pembaziran bila kita dah gunakan duit yang kita gain from usaha sendiri untuk beli buku, but end up tak baca pun. Sebelum tu, admin nak tanya dulu. Kalau korang adalah peminat tegar buku secara fisikal, mesti korang faham perasaan bila baru beli buku, and bila flip buku tu confirm ada bau kan? Admin pun suka bau dari buku tu :p Jadinya sekarang, why not.. kita buang habit tsundoku ni?

Macam mana nak hilangkan habit Tsundoku?

Sebenarnya, senang je nak hilangkan habit tsundoku ni. Yang penting, memang niat nak berubah. All you have to do is, before korang beli sesuatu buku; fikir sejenak. Korang confirm akan baca buku ni atau rasa teragak-agak? Kalau rasa teragak-agak tu, better jangan beli. Save duit korang dulu, kalau korang rasa nak baca buku, baru korang beli.

Kedua, bila korang nak pergi beli buku; fikir dulu nak buku genre apa. Kadang-kadang, disebabkan cover buku lawa and menarik, mesti korang tertarik nak beli tapi sebenarnya korang tak suka pun genre tu. Haa, so kena set mind korang before masuk kedai buku. Berhantu jugak kedai buku ni.

Terakhir, setkan perbelanjaan korang untuk sebulan; berapa limit buku yang korang boleh beli on that particular month. Jadi, perbelanjaan korang akan jadi limited so takdalah terjadinya pembaziran dan habit tsundoku ni.

Future of Books

Cara lain untuk hilangkan habit tsundoku ni, ha paling special. Dalam era moden ni, terciptalah satu system dinamakan “E-Book” dimana korang boleh dapatkan buku yang korang nak secara dalam talian. No more physical books. Senangnya guna e-book adalah, takdalah buku-buku kita akan bersepah dalam rumah. Sebab? Everything is on your devices je. Easy! One of the benefits guna e-book ni adalah ia lebih murah berbanding dari beli printed version. So, jom sama-sama kita buang habit tsundoku ni ok! Admin pun tengah berjuang jugak ni nak buang habit.

All the best untuk yang nak mencuba!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts