Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa PPN

sekolah-dibuka-semula-mengikut-fasa-ppn
Sumber: Astro Awani

Adik-adik sekalian, cepat kemas beg sekolah korang sebab tak lama lagi sekolah akan dibuka semula!!

Untuk pengetahuan korang, sekolah-sekolah di negeri dalam *Fasa 2 dan 3 akan dibuka semula pada 3 Oktober nanti mengikut sistem yang ditetapkan bawah fasa PPN.

*Sekolah di negeri dalam Fasa 2: Dibuka hanya untuk kelas-kelas peperiksaan. Sekolah di negeri dalam Fasa 3: Dibuka seperti biasa.

“Sistem? Sistem apa?” – user @AlmostDoneWithSPM2021

Good question!

Sistem yang ditetapkan itu dikenali sebagai sistem giliran: Pelajar-pelajar dalam satu kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah secara fizikal.

Bagi adik-adik yang bersekolah di negeri dalam Fasa Satu akan teruskan pembelajaran secara online di rumah seperti biasa (PdPR).

Ramai yang rasa beberapa setuju dengan tarikh pembukaan semula sekolah. Ye lah, dengan kadar kes positif setiap hari yang masih tinggi, siapa saja yang tak risau?

Macam mana pulak dengan pendapat korang?

Sebelum korang sambung scroll di IG dan FB, apa kata baca artikel kami yang lain dulu? Confirm best punyalah~ Laichikang kot!

Total
21
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts