“Sayu hati bila tengok warga emas ini dikompaun sebab…”

Hari ini tular di media sosial di mana seorang warga emas membaca surat khabar di tempat awam tetapi dikenakan kompaun sebanyak RM1000!

Kejadian ini berlaku di Klang, di mana seorang warga emas yang membaca suratkhabar secara berseorangan di taman awam dikenakan RM1000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak. Warga emas itu dikatakan tidak mematahui SOP kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kebanyakan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah dikenakan kepada warga emas ini atau lebih dikenali sebagai Lee kerana dia berada di taman itu bersendirian walaupun di tempat awam.

Walau bagaimanapun, Lee menerima tindakan yang dikenakan terhadap dia sebagai satu iktibar dan mengaku kesilapan yang dilakukan dan bersedia untuk bertanggungjawab ke atas kesalahannya itu.

Namun, dia juga berharap agar kompaun yang dikenakan dapat dikurangkan atau dibenarkan untuk membayar secara ansuran bulanan.

Dalam pada masa itu, Sinchew Daily melaporkan bahawa Lee merupakan guru tuisyen sambilan hanya menjana pendapatan sebanyak RM305 sebulan.

Kejadian itu berlaku pada pagi Selasa di mana Lee sedang membaca suratkhabar seorang diri di taman awam behampiran rumahnya di Klang, Selangor dan kemudian dikunjungi seorang anggota polis dan bertanya pada dia kenapa tidak memakai pelitup muka.

Lee menjelaskan bahawa dia terlupa membawa pelitup muka ketika keluar rumah dan menegakkan kebenaran di mana taman itu tiada orang lain selain dirinya.

Namun, pihak polis tidak menerima alasan itu dan tetap mengeluarkan saman sebanyak RM1000 tetapi pihak polis juga menasihatnya agar membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.

Akan tetapi, keluar pula kenyataan oleh Hazrey di laman media sosial Twitter mengatakan bahawa pihak polis nafi lelaki warga emas (Lee) dikenakan kompaun membaca suratkhabar di taman berhampiran rumahnya di Klang. Eh, mana satu yang betul ni?

Hingga kini, kenyataan sebenar masih belum dikenal pasti sama ada Lee dikenakan kompaun RM1000 atau tidak.

Layari laichikang.com untuk ketahui berita terkini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts