Satu Cincin Punya Pasal, 12 Ahli Bomba Kena Turun Padang!

Rumah terbakar panggil Bomba, cincin tersangkut pada jari? Bomba juga penyelamatnya!

Menurut laporan Sinar Harian, seorang pemandu lori menderita patah jari manis akibat cincin yang dipakainya tersangkut pada pemegang pintu.

Ada sesiapa dekat pernah alami saat cemas bila cincin tak boleh keluar dari jari?

Dikhabarkan, kulit jari lelaki yang berusia 23 tahun itu turut tersiat dan koyak sebelum dia datang sendiri ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk meminta bantuan menanggalkan cincin tersebut.

Bagaimanapun mangsa terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas pihak hospital tidak berjaya mengeluarkan cincin tersebut.

Image for illustration purposes only.
Gambar hiasan

Pihak pengurusan HSI kemudian menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Johor pada jam 3.39 petang sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dikejarkan ke wad itu.

Peh, kita yang mendengar pun terasa macam mana siksanya! Semoga mangsa cepat sembuh.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts