Sampai tertidur! Atuk teman cucu cari line internet di tepi jalan

Pandemik COVID-19 ni bukan sahaja memberi impak dari segi kesihatan, bahkan dari segi kehidupan kita juga. Orang putih kata New Norm, orang kita kata Norma Baru.

Apa-apa pun norma baru ini perlu diadaptasi oleh semua orang termasuklah para student yang kini terpaksa menjalani pengajian secara atas talian.

Masalah pengajian atas talian ni tak lain dan tak bukan adalah masalah internet. Bagi yang mempunyai akses kepada internet yang laju tu sememangnya rezeki. Tapi tidak semua menjalani pengalaman yang sama.

Ada yang terpaksa memanjat pokok, ada yang terpaksa berjalan jauh hanya untuk dapatkan internet. Walaupun susah, ramai yang tidak berputus asa.

Walaubagaimana pun, masalah capaian internet ini bukan pematah semangat seorang gadis ini untuk tetap mengikut kelas secara atas talian.

Klip video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok mempamerkan bahawa anak saudaranya mengalami masalah untuk mengikuti kelas online dek kerana capaian internet di tempat mereka yang perlahan.

Video tersebut boleh lihat di sini.

Difahamkan, gadis tersebut tidak begitu sihat. Namun tetap bersemangat untuk cari capaian internet untuk mengikuti kelas atas taliannya itu.

Apa yang lebih menarik adalah apabila gadis tersebut ditemani atuknya. Mereka akhirnya mempunyai temat yang mempunyai capaian internet yang agak laju di tepi jalan yang dipenuhi semak samun.

Atuknya pula kelihatan tertidur sementara menunggu cucunya selesai dengan tugasan. Mungkin penat selepas seharian mencari kawasan yang mempunyai capaian internet yang baik.

Segala usaha yang dilakukan semata-mata untuk menyiapkan tugasan demi masa depan yang cerah.

Harap-harap perkongsian kami kali ini memberi manfaat kepada anda untuk tetap berusaha walaupun halangan datang menimpa!

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts