Ribut Melanda Di Pulau Pinang: Pokok Tumbang, Bumbung Tercabut

Hujan lebat dan ribut yang melanda beberapa kawasan di Georgetown semalam telah mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang dan bumbung tercabut.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan berlaku. 

Kejadian itu berlaku pada hari selasa, 8 Februari, jam 5 petang ketika Pulau Pinang dilanda ribut dan hujan lebat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, beliau menerima maklumat daripada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang memaklumkan terdapat beberapa laporan kejadian pokok tumbang, antaranya di Jalan Zainal Abidin, laluan ke Bukit Bendera dan Jalan Tengku.

Kakitangan pembersihan MBPP sedang mengalihkan dan membersihkan pokok tumbang di Gerbang Midlands (ihsan MBPP)

“Setakat ini, 16 kawasan dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang, dan dalam kejadian di Jalan Tengku, sebatang pokok tumbang dilaporkan menghempap sebuah kereta, namun semasa kejadian tiada sesiapa berada dalam kenderaan itu.

“Bangunan medan makan berdekatan stadium mini Sungai Ara dan deretan kedai makan di Taman Abidin rosak selepas sebahagian struktur bumbung tercabut,” Kata beliau.

APM dan kakitangan pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini sedang menjalankan kerja-kerja pengalihan pokok serta pembersihan di lokasi kejadian.

Sebahagian struktur bumbung tercabut akibat ribut.

Menurut salah seorang penduduk di Sungai Ara, kejadian itu berlaku dengan pantas namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Dipercayai angin kuat itu membawa sebahagian struktur bumbung di medan selera jatuh menghempap beberapa buah kereta.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pernah melaporkan sebuah amaran ribut petir dan hujan lebat pada malam Selasa di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sebelum ini. 

Cuaca buruk itu membabitkan seluruh bahagian Pulau Pinang dan Perak sehingga pukul 9 malam semalam.

Ikuti berita terkini bersama Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts