Respect! Iron Man Jual Air Jagung Selepas Hilang Kerja

Sumber: Sinar Harian

Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi juga kepada sumber pendapatan ramai orang.

Menurut sebuah laporan daripada Berita Harian, seramai 79, 737 individu hilang pekerjaan tahun ini gara-gara pandemik yang melanda hampir seluruh dunia.

Sumber: Foot Wear News

Ramai individu-individu yang hilang pekerjaan kini memncari alternatif lain seperti berniaga online dan bermacam-macam lagi demi kelangsungan hidup.

Baca: Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih – Akak Buat Foodpanda Guna Basikal!

Begitu juga bagi Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26, yang kini menjual air jagung di tepi jalan selepas dibuang kerja daripada sebuah syarikat telekomunikasi dek kerana tidak dapat menampung perbelanjaan lagi.

Dibuang kerja bukanlah pematah semangat bagi Syukur. Malah dia tekad untuk lebih berusaha dan menggunakan kreativiti dengan memakai kostum Iron Man untuk tampil lebih menonjol dalam perniagaan air jagung yang dilakukannya.

“Sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat lebih baik cari rezeki sendiri,” katanya seperti yang dipetik oleh sumber berita Bernama.

Iron Man Was Spotted Selling Drinks By The Roadside In Penang! - RedChili21  MY

Sekali pandang, memang nampak seperti seorang adiwira yang mempunyai pelbagi kuasa. Namun, di sebalik kostum itu, Syukur tidak menghiraukan peluh dan panas terik yang terpaksa dihadapinya demi mencari sesuap nasi.

Syukur bersama dua lagi rakannya berniaga air jagung di persimpangan jalan berhampiran Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Menurutnya lagi, ketika masih bekerja, dia turut melakukan kerja sambilan sebagai penghibur memakai kostum adiwira dan watak kartun bersama sebuah kumpulan bergelar Geng Superhero Penang (GSP).

Mereka selalu dijemput untuk menghiburkan kanak-kanak pada majlis hari jadi dan lain-lain.

Retrenched, Penang Man Teams Up With Friends And Turn Into Superheroes  Selling Corn Juice | News | Rojak Daily
Sumber: Rojak Daily

Tetapi, selepas jatuhnya perintah pergerakan, segala tempahan dibatalkan. Ia menjadi pencetus idea untuk mereka memakai kostum ketika menjual air untuk menarik lebih pelanggan.

“Walaupun kini kami terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan. Setiap kali orang ramai melambat atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Kami faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang rindu suasana luar, jika dengan melihat kami ini mereka boleh terhibur saya turut gembira,” katanya.

Total
11
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts