Resepi Loaded Potato Bowl KFC guarantee sedap – Homemade edition!

Siapa antara pembaca-pembaca Laichikang ni suka makan Loaded Potato Bowl dari KFC? Angkat tangan! Admin angkat tangan juga sebab admin pun suka. Hehe, jom kita cuba buat Loaded Potato Bowl KFC Homemade Edition 🙂

Ini adalah resepi dari pengguna Facebook, Tyra Manan. Bayangkan tengah duduk-duduk di rumah, lepastu boleh menjamu selera makan ala-ala Loaded Potato Bowl KFC ni, fuh! Lagi best bila kita boleh letak seberapa banyak topping kita nak. Sedapnya!!!

Bahan-Bahan:

Bahan untuk Mashed Potato:

Kentang – 1kgButter – 100g (potong dadu)Whipping cream – 100mlAir – 50ml (ni bukan untuk rebus kentang tau)Black pepperGaram secukup rasa

  • Kentang – 1kg
  • Butter – 100g (Potong Dadu)
  • Whipping Cream – 100ml
  • Air – 50ml (ini bukan untuk rebus kentang)
  • Black Pepper
  • Garam secukup rasa
kfc loaded potato bowl homemade
Cara-cara untuk Mashed Potato:

Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Lepastu campurkan je semua bahan dan gaul sampai butter tu cair. Settle untuk Mashed Potato, next ayam pula!

Bahan untuk Ayam:
  • Ayam Dada- Potong Dadu
  • Tepung Bestari
kfc loaded potato bowl homemade
Cara-cara untuk Ayam:

Bancuh tepung bestari dengan air lepastu goreng je terus dalam minyak panas. Jangan sampai hangit ok

Bahan-bahan Topping:
  • Jagung Rebus
  • Mayonnaise
  • Cheese yang dibancuh dengan air panas

*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit.

Cara nak letak dalam bowl:

Boleh ikut style masing-masing, tapi kalau nak sedap: buat secara layer-layer!

  1. Letak mashed potato dulu
  2. Letak Sos Cheese & Mayonnaise
  3. Letak mashed potato lagi
  4. Tutup dengan ayam yang digoreng tadi, dan curahkan sos cheese dan mayonnaise lagi
  5. Siap untuk dimakan! 😉

Yummy! Korang tunggu apa lagi, jom lah try buat! Makan sedap, hati pun senang.

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts