“Rasa asam pedas ni macam Kimchi” – Gadis Korea Try Menu Asam Pedas Ikan Pari

Sekarang ni memang boleh di katakan ramai youtuber yang tengah meningkat naik dengan menghasilkan pelbagai jenis content kreatif yang tersendiri.

Tidak mahu ketinggalan, youtuber baharu iaitu seorang gadis Korea yang dikenali sebagai Mizi Comel turut menghasilkan content nya tersendiri iaitu review makanan tempatan yang ada di Malaysia.

Sumber: Youtube

Baru-baru ni, gadis Korea yang dikenali sebagai Mizi itu telah mencuba menu asam pedas ikan pari dan ikan kembung di restoran Aroma Selera Johor dekat Kampung Baru.

Korang sendiri nak try asam pedas di restoran Aroma Selera Johor? Nih tekan je link dekat bawah. Tinggal datang dan cuba menu asam pedas yang sedap gila tu!

Sumber: Facebook

Lokasi: Warong Che Senah, 53, Jalan Raja Mahadi, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur, Malaysia

Wahhh, lain macam pula kan bila orang luar try menu masakkan melayu ni?

Walaupun pertama kali mencuba menu asam pedas itu, Mizi nampak sungguh selera menikmati hidangan tersebut sampai habis!

Bukan itu je, Mizi memilih untuk menggunakan tangannya sendiri berbanding menggunakan sudu dan garfu untuk menikmati juadah asam pedas yang enak tu.

“Rasanya macam kimchi.

“Lepas ni, kalau ayah dan ibu saya datang ke Malaysia, saya pasti akan suggest menu asam pedas ni kepada mereka” Mizi.

Menurutnya lagi, rasa masakkan asam pedas itu adalah sama seperti hidangan kimchi jiggae yang cukup popular di Korea sana.

Eh kejap, kalau korang nak try rasa makanan-makanan dekat Aroma Johor ni click saja pada gambar atau klik pada link ini-

Aroma Johor: https://aromajohor.yezza.store/

Maka, tak hairan lah kalau Mizi boleh habiskan 2 pinggan menu asam pedas tersebut. Hmmm sedapnya.

Sumber: Youtube

Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapa sebenarnya Mizi ni? Mizi sebenarnya merupakan Pilates Instructor yang bertapak di Malaysia.

Ehh korang, jangan lupa support youtube channel Mizi Comel ye. Semoga lepas ni Mizi buat banyak lagi content food review masakkan masyarakat Malaysia.

Baca: 10 Port Kambing Bakar Juicy Di Sekitar Lembah Klang

port kambing bakar juicy_Fe
Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts