“Quarantine, but make it fashion” Gadis kongsi aktiviti teman lelaki di pusat kuarantin

Kebelakangan ini sering kali tular di media sosial akan suasana di tempat kuarantin terutamanya di MAEPS, Serdang. Rata rata pengguna Twitter yang pernah disahkan positif Covid-19, masing masing kongsi pengalaman sepanjang berada di tempat kuarantin.

Melalui perkongsian mereka, apa yang boleh kita lihat ialah sebenarnya memang fun! Perkongsian pengalaman sepanjang berada di pusat kuarantin bermula dengan individu bernama Afifie Chan dan thread yang dilakukan mendapat perhatian netizen.

Selepas itu, ramai yang turut beri pendapat dan berkongsikan juga pengalaman mereka sepanjang dikuarantin.

Tak lepas juga dengan seorang gadis yang telah memuat naik video teman lelakinya membuat video TikTok bersama rakan kuarantin lain dan video itu telah pun tular di media sosial.

@syhdysra

Didn’t expect this would be my boyfriend’s activities while quarantine 😭😭😂. #maepsserdang #quarantine #fyp

♬ original sound – syahida – syahida
Sumber: TikTok

“Tak sangka ini apa yang dilakukan oleh teman lelaki saya sepanjang kuarantin”

Memang sempoi habis! Video itu tular di media sosial TikTok sehingga mendapat shares sebanyak 2.5k! Yang lebih mencuit hati, dikatakan semua orang di dalam video itu memakai baju untuk wanita yang nak bersalin di hospital.

Di kala kembalinya PKP 2.0, perkara sebegini sememangnya membuat ramai orang terhibur. Ternyata, berada di pusat kuarantin itu tidaklah teruk seperti yang kita sangka!

Baca: PKP Datang Lagi! Ini Langkah Berjaga-jaga Yang Korang Perlu Tahu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts