Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik ‘Qalby’

Baru baru ini, tersebar luas tentang berita aplikasi Muslim Pro menjual data kepada tentera US dan berita itu membuatkan ramai orang terkejut dan membuat keputusan untuk memadam dan tidak menggunakan lagi aplikasi itu.

Baca: Aplikasi Muslim Pro Jual Data Kepada Tentera US? Ini Alternatif Lain Anda Boleh Cuba

Banyak aplikasi lain yang boleh menggantikan aplikasi Muslim Pro, dan kalau nak tahu, penyanyi terkenal iaitu Mizz Nina telah pun melancarkan aplikasi islamik yang dikenali sebagai Qalby.

Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman pernah menjadi perhatian netizen apabila beliau mengambil keputusan untuk berhijab ketika namanya sedang melonjak naik. Bukan tu je, Mizz Nina juga dikagumi ramai sebba beliau sangat peramah.

Beliau juga aktif dalam kegiatan dakwah dan aktiviti aktiviti muslimah melalui rancangan TV yang berkaitan denga gaya hidup Islam, dan beliau juga telah melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang bernama Qalby.

Sumber: Instagram

Dan pada dua minggu lepas, aplikasi itu telah pun mencecah 10k downloads. Tahniah Mizz Nina! Aplikasi ini masih lagi dalam peringkat Beta tetapi sudah boleh dimuat turun di Appstore dan Google Playstore.

Aplikasi Qalby ini mempunyai pelbagai features seperti waktu solat, e-Journal, arah kilbat, bacaan al-Quran, koleksi doa dan video berbentuk ilmiah serta banyak lagi.

Aplikasi ini memberi ilmu agama Islam dari segi cara hidup dan kemanusiaan. Aplikasi ini juga sangat sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Ini beberapa review terhadap apliasi Qalby ni pula!

Tahniah, Mizz Nina! Semoga aplikasi ini terus memberi manfaat kepada semua orang.

Total
20
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts