PTPTN Laksanakan Kempen Click, Pay & Earn 2022 Untuk Memudahkan Peminjam

Kebiasaannya, pelajar akan membuat pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyambung pelajaran mereka. Memang tak hairan ramai pelajar di Malaysia yang mengambil pinjaman. Oleh itu, PTPTN sentiasa mencari inisiatif untuk melaksanakan kempen yang bermanfaat kepada pelanggannya.

Baru-baru ini, PTPTN melancarkan kempen Click, Pay & Earn 2022, hasil jalinan bersama Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) untuk memudahkan para peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara online.

Berita baik! Peminjam PTPTN boleh membuat bayaran melalui shopee dan platform terpilih buat masa yang terhad.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki abdul Majid, kempen ini diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman secara online.

Selain itu, kempen ini juga merupakan salah satu usaha bagi menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan mereka walaupun di dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Kempen ini bermula pada 8 Februari 2022 sehingga 30 April 2022. Para peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum mengikut saluran terpilih dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat ganjaran yang ditawarkan.

Melalui kempen itu, peminjam yang membuat bayaran balik minimum RM100 dalam satu transaksi menggunakan ShopeePay (Shopee) berpeluang mendapat baucar diskaun RM5 tertakluk kepada pengguna terawal setiap hari.

Bagi pengguna BESTPay (BP) pula, bayaran pinjaman minimum RM100 dalam satu transaksi membolehkan 30 pengguna terawal mendapatkan lima kredit BP semasa slot BESTPay 1 jam Happy Hour dalam masa tertentu. 

100 pengguna Sarawak terawal setiap bulan yang membayar balik pinjaman minimum RM10 dalam satu transaksi melalui SpayGlobal akan menerima baucar RM2.

PTPTN berharap kempen ini dapat memudahkan para peminjam PTPTN membayar semula pinjaman dan secara tidak langsung menggalakkan pembayaran dan mengukuhkan perkhidmatan PTPTN melalui platform digital.

“Sesungguhnya bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh para peminjam amat bermakna dan penting demi kelestarian pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang,” kata beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi PTPTN mengenai kempen Click, Pay & Earn 2022.

Nak baca lagi berita terkini? Jangan lupa ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts