10 Port Kambing Bakar Juicy Di Sekitar Lembah Klang

port kambing bakar juicy_Fe

Port kambing bakar juicy ni takdalah susah sangat kita nak jumpa dekat sekitar kawasan Lembah Klang ni. Harini Abe nak kongsikan senarai tempat kambing bakar juicy yang memang best giler ada dekat kawasan sekitar Lembah Klang.

Sebelum itu, korang pernah dengar tak ada yang complain akan pening kepala kalau makan daging kambing ni? Kononnya kena serang penyakit darah tinggi. Betul ke?

Daging Kambing Tak Salah!

Menurut laman Hellodoktor.com, makan daging kambing memang tidak akan menyebabkan penyakit darah tinggi. Tapi yang menyebabkan penyakit tu serang adalah cara penyediaan dan masakkan yang salah!

Hah, lepas ni kalau korang masih lagi was-was nak makan daging kambing tu, dah tak payah nak risau sebab kalau daging kambing tu di masak dengan sempurna, InshaAllah takkan diserang penyakit punya.

Nak dijadikan cerita, soalan ni juga memang banyak kali di tanya. Betul ke daging kambing jauh lebih baik daripada daging-daging haiwan ternakan yang lain?

Melalui laporan di laman healthline.com daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kandungan lemak tidak tepu daging kambing adalah lebih tinggi dan sekaligus membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Hah dekat atas tu, sedikit info la Abe kongsikan. Mana tau, korang yang bukan penggemar daging kambing akan jadi new kambing lovers lepas ni. Hehehe.

Jom teruskan scroll sampai habis untuk korang tahu dekat mana port kambing bakar juicy di sekitar Lembah Klang ni.

Port Kambing Bakar Juicy di Lembah Sekitar Klang

#1. Kambing Bakar Kontena

Kambing bakar kontena ni memang menyajikan hidangan kambing bakar yang enak, lembut, dan juga juicy tau.

Bukan tu je, dah la diaorang ni pandai hasilkan hidangan daging kambing yang lazat, tapi diaorang juga pandai bergurau tau.

Kami menjual menu Kambing Bakar Kontena dimana bukan Kambing yang membakar kontena dan bukan juga kontena yang terbakar disebabkan kambing.

Facebook: Kambing Bakar Kontena

Selain daripada menyediakan menu kambing bakar juicy, kedai ini juga ada menghidangkan sup daging kambing yang memang confirm piaw wei. Tengok gambar dekat atas ni pun dah tau sedap.

Kalau korang nak tau, dekat kambing bakar kontena juga ada menyajikan menu kambing bakar madu! Memang ngam lah untuk korang yang tak makan pedas!

Lokasi kambing bakar kontena ni adalah di Setia Alam. Mereka juga beroperasi pada jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi, memang sesuai lah untuk korang yang tengah nak cari lunch dan juga dinner.

Lokasi: No. 1-GF, Seria88 Business Centre, Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#2 Saudagar Kambing Bakar Shah Alam

Kalau korang pernah singgah ke Dannok, Thailand memang rugi tau tak try daging kambing bakar diaorang yang juicy tu. Tapi, kalau dah try, rasa mengidam lah pula.

Tapi, lepas ni korang dah tak payah nak mengidam lama-lama. Dekat Shah Alam ada satu port kambing bakar juicy yang memang ngam sama macam rasa dekat Dannok tu.

Tak percaya? Korang kena wajib datang dan cuba sendiri lah.

Selain daripada menjadi port kambing bakar juicy, kedai ni juga ada menyajikan hidangan kambing krispy bersama salad dan kentang goreng.

Korang tak nak makan daging kambing bakar je? Jangan risau, dekat kedai ni juga ada hidangkan menu nasi goreng kambing tau. Memang lauk yang cukup lengkap dan mengenyangkan.

Lokasi: Lot 4036, Jalan Kebun Barat, Seksyen 30 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#3 Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Hah! port kambing bakar juicy seterusnya ni boleh dikatakan agak popular tau. Macam mana tahu popular? Korang baca je review dekat FB dan IG.

Memang tak di sangkal lagi restoran ni ramai yang datang disebabkan nak try menu enak mereka. Tak percaya lagi? Korang tengok lah sendiri gambar-gambar menu yang sedap ni.

Nanti, kalau korang pergi lepak ke Shah Alam, jangan lupa singgah di port best ni untuk rasai keenakkan kambing bakar juicy di restoran Cik Tri Sahara

Lokasi: Persiaran Setia Utama 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#4 House Of Kambing

Port kambing bakar juicy_11

Port kambing bakar juicy yang best seterusnya adalah di house of kambing.

House of kambing merupakan kafe pertama di Malaysia yang mana tetamu dapat menikmati hidangan sambil melihat permandangan, bergambar dan bermain bersama ternakan seperti kambing dan unta.

Port kambing bakar juicy_12
Sumber: Facebook

Selain menjadi port kambing bakar juicy yang lain daripada yang lain, House of kambing ada menu special lain iaitu nasi goreng kambing krispy. Emmm sedapnya.

Bila nak datang ke House of kambing ni, korang kena rancang betul-betul tau, sebab, tempat ni memang sentiasa full house weh. Tempat menarik, menu enak memang full house lah!

Lokasi: House of kambing 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

#5 Restoran Fatin’s Kitchen

port kambing bakar juicy_13
Sumber: Facebook

Korang pernah ke try kambing bakar mongolian style? Kalau tak pernah lagi, korang memang wajib datang ke restoran Fatin’s Kitchen ni!

Port kambing bakar juicy seterusnya yang wajib korang tahu adalah di restoran Fatin’s Kitchen. Restoran ni, berkonsepkan kekeluargaan dan korang yang nak datang bersama keluarga memang recommended sangat!

Dekat sini juga, ada menyajikan menu lamb rack yang ala-ala dekat restoran 5 bintang tu. Hah, kalau korang feeling-feeling nak makan makanan mewah kena lah pergi cuba.

Port kambing bakar juicy_14
Sumber: Facebook

Apa yang lagi best, dekat restoran Fatin’s Kitchen ni ada menyajikan menu unik iaitu burger rusa. Rasa daging rusa ni memang lain sikit dari daging merah yang lain. Kalau nak tahu macam mana rasa daging rusa tu, korang mai la ke restoran Fatin’s Kitchen.

port kambing bakar juicy_15
Sumber: Facebook

Waktu operasi: 12.00 tengahari – 12.00 malam

Lokasi: No 77G & 79G, Blok D Platinum Walk 53300 Danau Kota, Setapak KL ( Bersebelahan Hayaki) (https://bit.ly/2G9a5cV)

#6 AA Super Grill

port kambing bakar juicy_16
Sumber: Facebook

Port kambing bakar juicy yang seterusnya adalah AA Super Grill yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam.

Dengar kata, dekat sana memang port lepak yang santai. Ada persembahan busking, boleh karaoke, dan yang paling best ada banyak menu pilihan. Memang confirm rambang mata wei.

Port kambing bakar juicy_17
Sumber: Facebook

AA Super Grill dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam dan kedai ni juga di buka pada setiap hari! Fuhh memang terbaik.

Lokasi: Jalan 14/2, Seksyen 14 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#7 Dulang Raja TTDI Shah Alam

port Kambing bakar juicy_19
Sumber: Facebook

Di restoran ni, memang terkenal dengan daging kambing bakar blacky. Siapa yang dah singgah, tapi tak try, memang rugi.

Bukan itu sahaja, Dulang Raja TTDI Shah Alam ni juga terkenal dengan nasi lemak strawberry yang enak kalau di makan dengan lauk apa pun.

Kalau nak cuba nasi kerabu dengan kambing bakar grill pun ada.

Port kambing bakar juicy_20
Sumber: Facebook

Dulang Raja TTDI Shah Alam ni memang salah satu port kambing bakar juicy yang perlu ada dalam check list wajib singgah korang ye.

Port kambing bakar juicy_21
Sumber: Facebook

Restoran ini beroperasi bermula jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam dan ia dibuka setiap hari.

Lokasi: NO. 2 , JALAN OPERA C U2/C, TAMAN TTDI JAYA, SEKSYEN U2 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#8 Restoran Seri Keningau

port kambing bakar juicy_21
Sumber: Facebook

Mungkin ni kali pertama korang semua nampak hidangan kambing bakar bersama nasi berwarna hijau?

Port kambing bakar juicy seterusnya adalah di Restoran Seri Keningau, Meru Klang.

Di restoran ni, memang terkenal dengan hidangan nasi kambing london.Memang lain daripada yang lain.

Kombinasi menu kambing bakar bersama nasi berwarna hijau dan juga dua jenis sos untuk di makan bersama. Kebiasaanya kita akan disajikan dengan sos barbecue, tapi inilah kelainan restoran ini.

port kambing bakar juicy_22
Sumber: Facebook

Hidangan di restoran ni juga menawarkan harga yang cukup berpatutan dan restoran ini juga di buka setiap hari.

Lokasi: 41050 Klang, Selangor, Malaysia

#9 Restoran KITAGI-Kambing Bakar

port kambing bakar juicy_24
Sumber: Facebook

Pernah tak makan daging kambing bakar dengan dua sos enak yang berbeza? Kalau tak pernah lagi cuba, ni lah masanya untuk korang try kambing bakar juicy di restoran KITAGI-kambing bakar.

Port kambing bakar juicy kali ini adalah di Taman Nakhoda Yusoff, Klang. Kalau korang orang Klang, mesti familiar punya dengan restoran KITAGI ni.

Walaupun restoran ini turut menyediakan pelbagai hidangan lain, namun menu utama mereka iaitu kambing bakar tetap menjadi pilihan utama pelanggan.

Daging kambing yang digunakan adalah fresh dan apabila kita kunyah masuk ke dalam mulut, memang boleh rasa nikmat juicy tu.

port kambing bakar juicy_22
Sumber: Facebook

Daging kambing turut dihidangkan bersama kentang goreng rangup, sosej, brokoli, dan juga kacang panggang serta dua jenis sos yang membangkitkan lagi rasa enak tu.

port kambing bakar juicy_23
Sumber: Facebook

Restoran KITAGI- Kambing Bakar beroperasi pada setiap hari bermula jam 4.30 petang hingga 10.00 malam sahaja.

Lokasi: No 7a,Jalan Nakhoda Yusoff 1,Taman Nakhoda Yusoff 41000 Klang, Selangor, Malaysia

#10 Restoran Sahrul Kambing Bakar & Tomyam

Port kambing bakar juicy_24
Sumber: Facebook

Port kambing bakar juicy kali ini kami bawakan pula ke restoran Sahrul kambing bakar & tomyam.

Disini, korang boleh dapatkan hidangan kambing bakar yang enak, juicy dan yang paling penting selesa.

Selain daripada popular dengan hidangan kambing bakar, restoran ini juga cukup terkenal dengan hidangan tomyam yang cukup enak dan memang menjadi pilihan utama pelanggan.

Port kambing bakar juicy_25
Sumber: Facebook

Macam biasalah, hidangan kambing bakar ni tak lengkap kalau tak di hidangkan bersama dengan nasi putih. Di makan pula masa nasi tu masih lagi panas. Pehhhh memang syokk.

Restoran Sahrul kambing bakar & Tomyam dibuka pada setiap hari dan mula dibuka seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.

Lokasi: No.1, Jalan Raja Muda Musa 50300 Kuala Lumpur, Malaysia

Inilah antara 10 port kambing bakar juicy yang ada di sekitar kawasan Lembah Klang. Apa yang lagi best, restoran-restoran ni semua bukan je hidangkan kambing bakar, malah ada juga yang menghidangkan menu daging kambing yang telah di variasikan.

Jadi, buat korang yang berada di kawasan sekitar atau pun yang berada di negeri lain, boleh la cuba datang ke 10 port kambing bakar juicy yang Abe dah senaraikan ni.

Baca: [PILIHAN] Ini 5 Menu Sedap Ketika Diet Yang Boleh Anda Amalkan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts