PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Buat Individu Lengkap Dua Dos Vaksin

Semenjak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan pada bulan Februari lalu, kita boleh lihat yang ia berjaya menerima jumlah pendaftaran yang tinggi dalam kalangan rakyat negara kita.

Setakat 14 Julai 2021, lebih 12 juta pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin diberikan kepada orang ramai. Menurut laporan daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah suntikan kini sudah melebihi 400,000 dos sehari.

Berikutan peningkatan jumlah suntikan yang diterima oleh rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin mencadangkan agar pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.

Berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, kelonggaran yang bakal diterima oleh individu lengkap dua dos vaksin termasuklah daripada segi perjalanan dan juga makan atau dine-in di restoran.

Menurut beliau, ini adalah petanda bagi menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit dapat kembali semula seperti sebelum pandemik berlaku.

Setakat ini, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perubahan SOP perjalanan mahupun dine-in di restoran.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts