6 Perkara Anda Wajib Tahu Selepas Suntikan Vaksin Covid-19

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Suntikan vaksin Covid-19 boleh membantu mengawal penularan wabak berkenaan. Sebelum ini, kami ada kongsikan perkara-perkara yang anda wajib tahu sebelum menerima suntikan vaksin. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19.

6 Perkara Anda Wajib Tahu Selepas Suntikan Vaksin Covid-19

1. Pantau kesan sampingan

perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19

Salah satu perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19 adalah untuk memantau kesan sampingan yang berlaku.

Selepas menerima suntikan, anda akan dibawa ke ruang pemerhatian. Semasa berada di sini, anda perlu memastikan sebarang tindak balas yang mungkin berlaku terhadap diri anda. Sekiranya anda mengalami salah satu daripada perkara di bawah, maklumkan terus kepada pegawai yang bertugas:

  • Pening kepala
  • Sukar bernafas
  • Bengkak pada muka, bibir atau tekak (reaksi alahan)
  • Muntah-muntah
  • Berasa hendak pitam
  • Jantung berdegup dengan laju
  • Kawasan yang disuntik menjadi bengkak
  • Ruam pada badan (reaksi alahan)

2. Simpan kad vaksinasi

perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19

Perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19 yang seterusnya adalah untuk menyimpan kad vaksinasi anda. Sebaik sahaja selesai dos pertama, anda akan diberikan kad vaksinasi. Pastikan anda simpan kad tersebut dan bawa ia semasa temu janji dos kedua.

3. Elakkan tayang kad vaksinasi di media sosial

perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19

Seterusnya, jangan sesekali memuat naik gambar kad vaksinasi anda di media sosial. Ini kerana maklumat peribadi anda seperti alamat, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon mungkin tertera pada kad tersebut.

Elakkan untuk memuat naiknya di media sosial kerana dikhuatiri kes seperti kecurian identiti mungkin boleh berlaku.

4. Ambil ubat tahan sakit jika perlu

perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti rasa sakit pada lengan atau sendi, anda boleh mengambil Paracetamol untuk mengurangkan kesakitan.

5. Maklumkan jika kesan sampingan berpanjangan

perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19

Kesan sampingan adalah normal selepas menerima suntikan vaksin. Namun begitu, ia cuma akan berkekalan buat sementara waktu sahaja. Sekiranya ia berlarutan sehingga lebih daripada seminggu, pastikan anda maklumkan kepada petugas kesihatan di PPV anda dengan segera.

6. Terus amalkan SOP

perkara anda wajib tahu selepas suntikan vaksin Covid-19

Akhir sekali, setiap seorang daripada kita wajib untuk terus mengamalkan SOP kerana vaksin bukanlah lesen untuk kita semua bergembira dan mengabaikan SOP yang telah ditetapkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

[LIHAT JUGA] PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Buat Individu Lengkap Dua Dos Vaksin

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts