6 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Suntikan Vaksin Covid-19

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Vaksin Covid-19 diberikan bagi mengawal penularan virus berkenaan. Apabila semakin ramai orang menjalani proses vaksinasi, semakin ramai juga yang akan membentuk antibodi dalam badan mereka. Ini sekali gus akan mengurangkan kebarangkalian jangkitan Covid-19 yang lebih teruk. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19.

6 perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

1. Pastikan anda golongan yang layak

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Salah satu perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19 adalah sama ada anda layak menerimanya atau tidak. Ini kerana tidak semua individu sesuai untuk menerima vaksin Covid-19. Mereka yang tidak layak adalah:

  • Mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk
  • Mereka yang sedang menjalani rawatan kanser
  • Berumur kurang daripada 18 tahun

2. Kemas kini MySejahtera

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Selain itu, perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19 ialah untuk mengemas kini MySejahtera. Pastikan anda mengemas kini alamat semasa anda kerana lokasi temu janji vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan ditentukan berdasarkan alamat berkenaan.

Pada masa yang sama, pastikan anda sudah menjawab soalan penilaian yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status risiko Covid-19 semasa.

3. Pakai pakaian yang longgar

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Pada hari temu janji vaksin, pastikan anda mengenakan pakaian yang longgar terutamanya di bahagian lengan. Pemilihan pakaian yang longgar akan memudahkan petugas untuk memberikan suntikan vaksin pada lengan anda.

4. Bawa dokumen pengenalan diri

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19 yang seterusnya adalah untuk membawa dokumen pengenalan diri. Pastikan anda membawa kad pengenalan atau pasport bagi mereka yang bukan Warganera ke PPV.

5. Hadir awal ke PPV

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Pastikan anda datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal ke PPV pada hari temu janji anda. Elakkan untuk datang terlalu awal, sebagai contoh, satu atau dua jam lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.

6. Baca dan fahami borang persetujuan

perkara anda wajib tahu sebelum suntikan vaksin Covid-19

Sebelum anda diberikan suntikan vaksin Covid-19, petugas kesihatan akan memberikan penerangan berkenaan vaksin yang bakal diterima. Selepas itu, anda dikehendaki untuk menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin Covid-19.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Lindung diri, lindung semua.

[LIHAT JUGA] PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Buat Individu Lengkap Dua Dos Vaksin

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts