Pengguna Perlu Upload Keputusan Self-Test Di MySejahtera

Update baharu app MySejahtera minta pengguna memuat naik gambar keputusan ujian COVID-19 

Pengguna juga diminta menjawab sebuah survey untuk mengemas kini status kesihatan mereka. Soalan yang ditanya termasuk lokasi ujian diambil, tarikh dan keputusan ujian itu. 

Sebelum update terbaru ini, pengguna hanya diminta menyatakan sama ada keputusan ujian adalah positif atau negatif sahaja.

Ujian kendiri ini dicadangkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dimana semua orang perlu melakukan ujian sebelum menghadiri sebarang himpunan, acara awam atau sama ada mereka mengalami simptom COVID-19

Pengguna juga diminta membuat ujian kendiri jika mengalami sebarang simptom batuk, selsema, sakit tekak, dan demam. 

Kontak rapat yang telah mengambil dos penggalak hanya perlu kuarantin selama 5 hari 

Mereka yang lengkap dua dos vaksin dikehendaki menjalani kuarantin selama 7 hari. Manakala mereka yang belum divaksin sepenuhnya hendaklah dikuarantinkan selama 10 hari. Berdasarkan protokol baru yang dikemas kini pada 17 Februari lalu, 

Jika anda menghidap COVID-19, atau terdedah kepada virus tersebut, pastikan anda maklumkan kepada semua kontak terdekat  agar mereka dapat mengambil langkah yang patut.

Marilah bersama kita putuskan rantaian COVID-19.

Jom ikuti perkongsian daripada Laichikang untuk lebih kisah menarik.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts