Pengantin Redha ‘Terpaksa’ Bersanding Dengan Laptop

Kemunculan COVID-19 buatkan banyak majlis terpaksa ditangguhkan. 

Tak terkecuali majlis pertunangan, akad nikah dan perkahwinan. Pengantin yang melalui situasi ni semuanya pasti kecewa. Mereka hanya mampu bertabah dengan cabaran yang menimpa mereka.

Begitulah yang berlaku dalam video tular di TikTok.

@sz5424

Semoga kebahagiaan milik kami 💐🥰@rgstudiophotodeco #CapCut

♬ original sound – Alzera Geny Netriana – Alzera Geny Netriana

Video yang tular itu memaparkan sepasang pengantin yang bergambar di hadapan tingkap bilik kerana pengantin lelaki dipercayai positif pada hari bahagia mereka.

Menurut video tersebut, pasangan pengantin diduga apabila ibu pengantin wanita disahkan positif COVID-19, membuatkan ahli keluarga tidak dapat hadir demi elak dijangkiti dan pengantin wanita terpaksa menguruskan persediaan majlis seorang diri.

Menambah lagi dugaan apabila pengantin lelaki pula disahkan menghidap wabak COVID-19 sehari sebelum akad nikah.

Tidak ingin membatalkan majlis memandangkan keluarga pengantin lelaki telah tiba, mereka mengambil keputusan meneruskan majlis walaupun terpaksa dikuarantin.

Seusai melafaskan akad, pengantin lelaki terus dikuarantinkan di dalam bilik berasingan agar tidak menjangkiti para tetamu. 

Mereka bergambar bersama walaupun dipisahkan dengan jeriji tingkap.

Sanggup teruskan majlis walaupun tak dapat hadir.

Bercerita lanjut, sebuah video lain tular di TikTok yang menunjukkan sebuah pasangan yang melalui situasi yang serupa. 

Melalui video tersebut, kelihatan pengantin lelaki duduk bersanding di pelamin ditemani sebuah laptop. Rupa-rupanya pengantin wanita disahkan positif pada hari perkahwinan mereka. 

Pasangan pengantin itu membuat keputusan untuk bersanding melalui video call.

Begitu sekali pengorbanan mereka ya. Tak dapat hadir ke majlis perkahwinan sendiri. 


Nak baca kisah lebih menarik? Jom ikuti perkongsian daripada Laichikang.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts