Pemuda Kongsi Pengalaman Pahit Hidap Tahap Ke 5 Akibat Jangkitan Covid-19

Akibat daripada peningkatan jumlah kes positif pesakit covid-19, kerajaan telah mengumumkan semula Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP 2.0) pada 13 Januari yang lalu.

Namun, peningkatan kes setiap hari kian meningkat dan ini membimbangkan semua pihak terutama mereka yang telah terjejas sumber pendapatan akibat serangan virus covid-19 ini.

Kalau kita perasan, memang ramai pesakit atau individu yang pernah di jangkiti virus ini berkongsi pengalaman mereka di laman media sosial. Haaa, secara tak langsung korang yang tak tahu pasal penyakit ni pun boleh tahu tau!

Baru-baru ini, satu perkongsian di laman Facebook milik Zicko Syah yang merupakan individu telah sembuh daripada jangkitan virus covid-19 sehingga tahap 5.

ALHAMDULILLAH AKU SEMBUH DARI VIRUS COVID-19 STAGE 5 ! melawan covid-19 Stage 5 selama 30hari !!! Syukur…

Posted by Zicko Syah on Wednesday, January 13, 2021

5 Tahap Akibat Jangkitan Covid-19

Melalui perkongsian saudara Zicko Syah ini, dia merupakan seorang yang sangat menjaga kebersihan lebih-lebih lagi apabila munculnya wabak covid-19 ini. Namun, malang tak berbau, nak di takdirkan dia juga terkena wabak ini.

Menurutnya lagi, permulaan kepada jangkitan ini terhadap dirinya adalah seperti demam biasa dan dia juga tak menyangka bahawa dirinya telah dijangkiti wabak covid-19.

Sumber: Facebook

Namun, apabila dia mendapati demam yang dihidapinya tidak susut walaupun sudah berlalu 5 hari, Zicko mengambil keputusan untuk pergi ke hospital berhampiran bagi mendaptkan rawatan. Apa yang tak disangka adalah, dia disahkan dijangkiti covid-19.

Tambahnya lagi, Zicko turut berkongsi 5 tahap jangkitan covid-19 yang telah di hidapinya selama hampir 30 hari.

Tahap 1. Tanpa gejala.

Tahap 2. Simptomatik dan tiada radang paru-paru.

Tahap 3. Simptomatik dan radang paru-paru.

Tahap 4. Simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan.

Tahap 5. Sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.

Sumber: Facebook

Tak bermaya, perlu bantuan..

Menjadi lebih sedih apabila dirinya yang sihat pada sebelum ini menjadi sangat tak bermaya apabila djangkiti covid-19 hingga tahap 5. Bantuan pernafasan adalah sangat di perlukan kerana dia mengalami kesukaran bernafas walaupun tiada sejarah penyakit asthma pada sebelum ini.

Sumber: Facebook

Zicko turut berkongsi dirinya yang hanya mampu terlantar di atas katil dan di bantu oleh jururawat sepanjang dirinya berada pada jangkitan tahap 5. Lebih menyiksakan apabila ketika hendak membuang air besar, pasti dia akan struggle untuk bernafas secara normal semula kerana ia menggangu sistem pernafasan secara tak langsung.

Sumber: Facebook

“Syukur alhamdulillah dan selepas 11 hari di wad barula merasa masuk toilet! Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah teruja mandi setelah 13 hari tak mandi menangis dalam toilet berdoa time mandi.”

Namun, alhamdulillah selepas beberapa hari bertarung dan menggunakan alat bantuan pernafasan, pemuda ini akhirnya dapat kembali kekuatannya dan mampu untuk bernafas seperti biasa tanpa perlu sebarang alat bantuan.

Tambahnya lagi, dia turut menegaskan kepada semua individu yang berada diluar sana dan masih lagi sihat serta tidak dijangkiti covid-19, untuk terus jaga kesihatan diri, jaga penjarakan sosial, dan keluar rumah hanya bila perlu sahaja.

Sumber: Facebook

Semoga kita semua dihindari dari wabak covid-19 ini dan semoga wabak ini cepat beransur hilang dari muka bumi.

BACA: “Quarantine, but make it fashion” Gadis kongsi aktiviti teman lelaki di pusat kuarantin

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts