Pemuda ini dibayar untuk tidak berbuat apa-apa

Kredit: Keepo

Merupakan impian ramai orang untuk dibayar gaji tanpa melakukan apa-apa. Dengar macam imposible kan?

Yelah, mana boleh dapat bayaran kalau tak melakukan apa-apa..Tapi, tahukah anda, perkara ini benar-benar terjadi?

Yes, seorang lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Tokyo, Jepun mempunyai pekerjaan yang unik dan pelik. Dia dibayar oleh orang awam untuk tidak melakukan apa-apa kerja.

Lelaki yang bernama Shoji Morimoto itu merupakan seorang penganggur dan mula dikenali ramai apabila dia menyewa dirinya untuk menjadi peneman kepada orang lain.

Apa yang dilakukan oleh Shoji adalah bertemu dengan orang yang tidak dikenali, mendengar cerita mereka, dan itu sahaja. Selain itu, Shoji hanya menyediakan perkhidmatan untuk menemani anda makan, minum atau lepak.

Popularitinya kian meningkat selepas dua tahun. Shoji juga sering muncul di televisyen, majalah seperti selebriti-selebriti yang lain.

Menurut Oddity Central, Shoji merupakan seorang pelajar yang pandai dan mempunyai ijazah dalam bidang Fizik.

Namun, pada tahun 2017, Shoji berhenti daripada pekerjaannya (editor buku) kerana tiada minat lagi.

Pada bulan Ogos 2018, Shoji akhirnya melancarkan perkhidmatan yang dinamakan “Teman untuk disewa”. Dalam servis yang ditawarkan, Shoji memberitahu bahawa dia boleh disewa oleh mereka yang memerlukan rakan atau pendengar.

Pada awalnya, Shoji hanya meminta bayaran untuk pengangkutan dan makanan. Namun, kebanyakan pelanggannya berkeras untuk membayar lebih daripada itu. Wah, beruntung betul Shoji ni!

Disebabkan popularitinya, Shoji boleh disewa dari jam 8:30 pagi hingga 10 malam. Antara pengalaman Shoji adalah disewa oleh seorang lelaki hanya untuk mendengar dia bercerita mengenai hobinya selama 3 jam, menemani seoarang wanita yang mahu memberikan surat permohonan cerai kepada suami, dan bermacam-macam lagi.

Sebenarnya, amalan menyewa teman ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan. Tapi boleh bayangkan tak kalau servis ini ada di Malaysia?

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts